Monday, February 17, 2014

KISAH SEBIJI TEMBIKAI

KISAH SEBIJI TEMBIKAI

 

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala"

Wallahualam,..

 

Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah Love Story

Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah Love Story

BUKAN mudah mengahwini insan ternama. Apa saja yang dilakukan pasangan, pasti tempiasnya terkena jua. Namun, bak kata orang, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mungkin itulah pegangan bekas Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Bersuamikan orang politik, apatah pula suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memegang memegang portfolio tertinggi sebagai orang nombor satu negara, bermakna beliau perlu bersedia berkorban masa dan tenaga.
“Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor. Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dalam hubungan ini, Dr Mahathir akui, meskipun isterinya reda dan tabah mengharungi pelbagai cabaran bersamanya, sebagai suami perasaan bersalah tetap ada, terutama apabila meninggalkan isteri sendirian bersama anak. Antara kenangan tidak dapat dilupakannya apabila beliau dalam dilema terpaksa memilih antara berada di sisi isterinya menyambut kelahiran anak mereka, atau menghadiri sidang Parlimen pertamanya.
“Saya masih ingat lagi satu kejadian pada 1964, ketika itu saya baru memenangi pilihan raya pertama saya. Dia (Dr Siti Hasmah) pula sedang menunggu masa melahirkan Mukhriz. Saya sedang bersiap sedia untuk menghadiri sidang Parlimen saya yang pertama, tiba-tiba air ketuban dia sudah pecah. Tetapi, dia beriya-iya suruh saya pergi juga. Bayangkan ketika itu perjalanan dari kedah ke Kuala Lumpur ambil masa yang lama dan saya hanya dapat melihat mereka (Dr Siti Hasmah dan Mukhriz) selepas dia bersalin. 
“Memang saya rasa bersalah, tetapi kami berpendapat dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling memahami. Paling penting, kita tidak terlalu mendesak masa untuk bersama, tetapi tidak bermakna sampai tiada masa langsung untuk keluarga,” katanya.
Ini diakui sendiri Dr Siti Hasmah. Sebagai isteri, katanya, beliau memahami sidang berkenaan amat penting bagi suaminya, menyebabkan beliau sendiri menyuruh Dr Mahathir segera berangkat memandangkan perjalanan yang terpaksa dilalui agak jauh.
“Pada tahun pertama saya gagal, dia nak ajar saya fizik secara percuma, jadi rapatlah, ketika itulah saya mula rapat dengannya” – Tun Dr Siti Hasmah.
Beliau meluahkan perasaan beliau kepada Bonda Tun Dr Siti Hasmah dalam hujan …
Mereka pergi ke suatu tempat, kemudian Tun Mahathir menghantar Tun Siti ke stesen bas.
Disitu, Tun Mahathir nampak Tun Siti dalam hujan apabila dia sudah berlalu pergi terus kembali ke Tun Siti Hasmah.
“Why you came back? U are wet!” Tanya Tun Siti Hasmah
“I came back because I love you” balas Tun Dr Mahathir.
Bukan cinta pandang pertama 
MEREKA berkenalan ketika menuntut di Kolej Perubatan King Edward di Singapura pada 1947. DrMahathir mengakui, cinta mereka bukan cinta pandang pertama, namun menjadi rapat kerana sering belajar bersama.
SALING memahami. 
“Dia satu-satunya pelajar wanita Melayu, sebab itulah kot (jatuh hati). Ada enam pelajar lelaki lain, semuanya sentiasa bersedia hendak tolong angkat beg dia. Saya pula dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki, jadi tidak tahu bagaimana hendak ‘tegur’ perempuan. Saya tengok kawan lain tolong angkat beg dia, saya pun buat juga. Tetapi, saya selalu ajar dia (pelajaran), itu yang mungkin membuatkan hubungan kami menjadi rapat,” katanya..
Mereka mendirikan rumah tangga pada usia agak lewat bagi zaman itu, iaitu Dr Mahathir pada usia 30 tahun, manakala Dr Siti Hasmah, 29 tahun.
Dr Siti Hasmah berkata, kelewatan itu disebabkan mereka hanya berkahwin selepas menamatkan pengajian dan housemanship bagi memenuhi permintaan bapanya.
“Ayah saya tahu mengenai hubungan kami itu. Jadi, satu hari dia telefon saya dan kami berbual mengenainya. Dia minta saya berjanji supaya menamatkan pengajian dulu sebelum berkahwin. Suami saya tamat pengajian pada 1953, dan saya pula pada 1955. Setahun kemudian kami berkahwin,” katanya.
Lumrah bercinta, ada pasang surutnya. Begitu juga dengan perhubungan mereka sebelum berkahwin. Ketika ditanya mengenai cabaran itu, Dr Siti Hasmahtidak menafikan sepanjang persahabatan itu mereka berdepan pelbagai dugaan, tetapi demi janji yang dipegang sejak sekian lama, mereka berjaya melaluinya.
Malah, Dr Mahathir turut mengakui seperti pasangan lain ketiak muda dulu, cemburu tetap ada, terutama apabila melihat Dr Siti Hasmah dengan lelaki lain.
“Ada juga masa berkawan dulu, saya nampak dia berbual dengan lelaki lain, saya cemburu. Begitu juga apabila dia melihat saya bersama wanita lain. Tetapi, lama kelamaan kami faham sebenarnya tidak ada apa yang berlaku. Jadi, perhubungan itu berkekalan,” katanya.
Dr Siti Hasmah akui, sepanjang perkahwinanmereka, beliau sudah masak dengan tumpuan yang diterima suaminya khususnya daripada orang ramai. Malah, sering kali juga beliau terpaksa ke tepi bagi membolehkan orang ramai yang ingin merakam gambar kenangan bersama Dr Mahathir.
“Pernah sekali ketika kami ke Suria KLCC, ada sekumpulan wanita yang terserempak dengan kami berasak-asak hendak mengambil gambar bersama dia (Dr Mahathir) sehingga saya terpaksa bergerak jauh ke tepi. Kebetulan saya terpandang ada pasangan yang ketika itu berada pada tingkat atas melihat senario itu dan mereka ketawa melihat keadaan berkenaan, lalu menjerit ke arah saya ‘tak jealous ke Tun?’. 
“Saya juga ketawa kerana apa yang berlaku itu perkara biasa bagi saya. Tiada cemburu, kerana kami saling memahami,” katanya.
Pastikan perselisihan faham tidak berpanjangan
Melihat pasangan berkenaan yang saling usik mengusik sepanjang wawancara dilakukan, jelas sekali keserasian dan kebahagiaan antara mereka. Kini sudah lebih 50 tahun pasangan bahagia itu melayari bahtera perkahwinan bersama.
Namun, Dr Siti Hasmah akui, seperti pasangan lain, perselisihan faham tetap ada. Bak bait puitis lagu Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa. Begitu jugalah dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.
“Dia selalu komplen, saya lambat (bersiap terutama untuk menghadiri majlis). Kita ni wanita, biasalah banyak barang yang perlu seperti beg dan aksesori yang bersesuaian dengan baju. Jadi itulah yang lewat bila hendak cari yang sesuai. Suami saya pula seorang yang organize. Setiap malam, dia sudah sediakan semua keperluan seperti baju dan kasut untuk keesokan hari. 
“Selain itu, sebagai ibu, kita selalu ada benda yang hendak arah anak sebelum keluar dari rumah, terutama pada waktu malam dan saya juga ada tabiat, mesti tutup lampu bilik sebelum keluar. Jadi, selalu kena marah, masuk kereta masam muka danapabila tiba di majlis tidak bertegur sapa. Namun, akhirnya saya sedar kesilapan yang dilakukan dankami berbaik semula. Tetapi, bagi menyelesaikan masalah ‘lambat’ itu saya suruh dia (Dr Mahathir) yang tutup lampu,” katanya tersenyum memandang suaminya mengenang peristiwa lalu.
Menariknya, Dr Mahathir berkata, beliau turut mempunyai jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
“Sebenarnya, saya seorang yang obses dengan ketepatan masa. Susah nak faham perempuan, ginculah, beg mesti sama warna dengan kasutlah… Oleh kerana dia selalu lambat, saya akan duduk dalam dressing room dan tolong carikan apa yang dia perlukan. Kasut ke, aksesori ke, beg ke, bagi pastikan dia dapat lebih cepat (bersiap),” katanya tersenyum.
Melihat kepada senario hari ini yang mana semakin ramai pasangan baru mendirikan rumah tangga sudah bercerai, Dr Mahathir mengakui sedih dengan keadaan itu. Baginya, perceraian akan meruntuhkan keharmonian keluarga dan mendatangkan lebih banyak masalah khususnya trauma kepada anak-anak.
Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini mungkin disebabkan perubahan nilai budaya. Jika dulu, kebanyakan pasangan muda baru berkahwin mendapat perhatian daripada keluarga masing-masing, tetapi hari ini yang mana kebanyakan generasi baru sudah berhijrah ke kota menyebabkan tiada yang memerhati dan memberi nasihat.
“Orang dulu anggap perceraian itu sesuatu yang teruk sekali, tetapi hari ia seperti perkara biasa. Sebaiknya, apabila kita sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, kita perlu memikirkan bahawa kita sudah mempunyai tanggungjawab. Jika kita ada rasa tanggungjawab itu, kita akan fikir caranya untuk berbaik semula apabila bergaduh, bukan terus bercerai. 
“Sedih mengenangkan ramai wanita yang menjadi ibu tunggal. Saya berasal daripada keluarga yang konservatif. Bagi kami, kita hanya ada seorang isteri saja. Bapa saya berkahwin dua, tetapi dia berkahwin dengan isteri keduanya selepas emak, isteri pertamanya meninggal dunia. Paling penting, kita perlu saling bertoleransi dan jangan berharap supaya pasangan anda menjadi seperti apa yang anda mahukan. Dia ada personaliti sendiri, jadi anda perlu bersedia menerima kekurangan masing-masing,” katanya.
Paling penting, kata Dr Siti Hasmah, perlu saling memahami dan bertoleransi. Jangan hanya kerana perkara remeh membawa kepada perceraian kerana kesannya ialah anak yang kehilangan kasih sayang ibu dan bapa.


Sunday, February 16, 2014

Ibadah Wanita Ketika Haid

Ibadah Wanita Ketika Haid

 

Soalan;
Ustaz, ambo ada kemusykilan tentang haid wanita.
Apa yang ambo tahu perempuan dalam haid dilarang melakukan puasa dan sembahyang, mengaji Al-Quran. Tetapi tiada larangan untuk berzikir dan berdoa.
 Soalan ambo, boleh tak ustaz tolong berikan hujah iaitu dalil al-Quran/Hadis tentang haid yang menjelaskan perkara diatas.
Sekian terima kasih.


Jawapan ustaz;

1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).

2. Adapun hukum membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;

A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;”Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.
B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.

3. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.


Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut senaraikan dengan terperinci ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;

1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran
2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran
3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
4. Berselawat kepada Nabi
5. Mendengar bacaan al-Quran
6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)
7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)
8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis
9. Bersedekah
10. Membuat kebajikan kepada orang lain
Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Tamam al-Minnah, Syeikh Adil bin Yusuf al-Azzazi, jil. 1. Hlm. 144-145.
2. Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
3. Haid Membawa Berkah, Lissa Malike dan Asmawati, hlm. 74.


3 Perkara Yang Harus Disegerakan

3 Perkara Yang Harus Disegerakan


Ambo ingin berkongsi 3 perkara yg harus disegerakan.
Walaupun dah pernah baca, sekadar peringatan.

Sabda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."

Sabda Rasulullah saw,

Maksud Hadis: "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

1) Apabila telah masuk solat, maka bersegeralah menunaikannya.

Dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Mas'ud r.a, seorang sahabat telah bertanya Nabi saw :-

Maksudnya : "Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" ( HR Bukhari)


2) Nabi saw menyuruh kita agar segera mengkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah selesai dimandi, dikafan dan di sembahyangkan. Sabda Rasulullah saw, 

Maksudnya : "Hendaklah kamu segera mengkebumikan jenazah(mayat), jika jenazah itu baik kamu mendekatkan dia kepada kebajikan, dan jika jenazah itu tidak baik bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkok kamu". (Muttafaqun Alaihi)


3) Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk mememilhara dirinya dari maksiat dan fitnah.

Kalau hendak diikat dengan tali pertunangan, janganlah memakan masa yang lama sehingga dua, tiga atau empat tahun kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak elok seperti maksiat dan sebagainya. Paling baik ikatan pertunangan hanya memakan masa enam bulan atau setahun.

Ibu bapa perlu ingat, bertunang bukan lesen untuk membenarkan anak-anak gadis keluar dengan lelaki tunangannya. Pasangan yang sudah bertunang dan ingin mendirikan rumahtangga hendaklah memelihara tingkah laku mereka kerana aman damainya rumahtangga bergantung kepada apa yang telah mereka lakukan sebelum berkahwin.
Wallahualam,...

6 Dosa Yang Tidak Diampun Allah S.W.T Walaupun Dengan Taubat

6 Dosa Yang Tidak Diampun Allah S.W.T Walaupun Dengan Taubat


Dosa tidak diampunkan,..
Kecut dada ambo bila ada rupanya dosa yg tidak diampunkan...
 Tapi Allah S.W.T tu maha pemurah dan maha pengampun.
Dibawah adalah cara utk mendapatkan pengampunan Allah sekiranya melakukan dosa tersebut.
Semoga kita tidak di dalam golongan yg melakukan dosa-dosa seperti dibawah.




1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.



Buddy Punching

'Buddy Punching'


Situasi seperti diatas ambo pasti adalah perkara yg bukan asing dalam setiap tempat kerja seperti pejabat, kilang, kedai dan tempat pameran.
Bahkan seperti menjadi kebiasaan sesetengah tempat n perkara ini pasti amat merunsingkan pihak atasan dan HR persons.

Apa itu 'Buddy Punching'?

'Buddy Punching' ialah apabila seorang pekerja "punch" kad perakam waktu bagi pihak pekerja lain yang lewat atau tidak hadir kerja hari itu.
Ia juga dikenali sebagai 'ghost punching' atau 'proxy punching'.
Ia membenarkan pekerja tiba lewat, mengambil lebih lama 'overtime', n balik awal tanpa hukuman.


Kesan dari 'Buddy Punching'

'Buddy Punching' memerlukan wang syarikat untuk membayar gaji kepada pekerja yg tidak di sana.
Iaitu gaji waktu kerja pekerja yg masuk lambat, gaji waktu kerja pekerja keluar awal dan gaji 'overtime' pekerja yg tidak buat 'overtime' pun pada waktu tersebut.


Tentu sekali ini akan mengurangkan produktiviti syarikat dimana setiap jam adalah bernilai untuk memaksimumkan pengeluaran dan kualiti produk dan servis.
Selain merugikan wang syarikat membayar kepada pekerja yg tidak membuat kerja.

Contoh yg simple-simple ambo boleh bagi:

Sebuah syarikat mempunyai 10 orang pekerja.
Setiap setengah jam syarikat tersebut dapat menghasilkan 10 peket kerepek.
Sekiranya 2 pekerja datang lambat setengah jam maka syarikat hanya dapat menghasilkan 8 peket kerepak pada setengah jam pertama.
Produktiviti sudah kurang. Maka kurang la jualan syarikat. Kurang jualan kurang la untung.
Dah la rugi menggaji RM7.80 utk setengah jam 2pekerja tersebut masuk lambat.

Contoh kedua:

Syarikat ada 100 orang pekerja. Seorang dibayar gaji sebulan RM1500 maka sejam dibayar RM7.80.
10 pekerja minta 'buddy' 'punch' untuk sejam masa 'overtime' setiap hari. Sekiranya sejam 'overtime' 1.5 maka dibayar RM11.70 sejam untuk 'overtime'.
10 pekerja tipu 'overtime' sejam sehari,
Sebulan 24hari bekerja.
10 pekerja x RM11.70 sehari x 24 hari dalam sebulan = RM2808 Syarikat RUGI sebulan
 Itu kalau sepuluh orang saja yg tipu buat 'overtime', kalau 50 pekerja yg melakukan perkara sama?
Kalau sehari lebih dari sejam pekerja tipu majikan bahawa dia 'overtime' tapi sebenarnya tidak?
Rugi-rugi-RUGI syarikat,.....



Cara menangani masalah 'Buddy Punching'

Bagi menjimatkan wang n mengukuhkan syarikat, pihak tertentu didalam syaikat seperti majikan dan HR persons harus melakukan sesuatu untuk membenteras 'Buddy Punching'.

Tukar sistem kedatangan menggunakan jari, mengesan muka, tapak tangan, o mata.
Teknologi dah macam-macam sekarang.
Dah kuno la pakai 'punch card', kod, tulis bagai, tak menyelesaikan masalah 'buddy punching' pun.



Tapi kena pastikan 'reliability' teknologi tersebut dan nyatanya jari adalah pilihan terbaik dimana mempunyai pilihan yg lebih banyak untuk di daftarkan sebagai 'backup' kedalam memori mesin tersebut.
'Backup' jari penting untuk memastikan sekiranya jari utama tidak dapat dikenali oleh memori mesin disebabkan oleh jari luka, jari menggelupas n so on.

 XENIX Fingerprint

Semua pun ambo pasti sedia maklum Tuhan cipta manusia mempunyai corak 10 jari tangan yg berbeza dan berbeza dengan setiap manusia kat dunia ni.
Hebatkan,...
Jadi siapa yg boleh tolong 'punching' dah selepas ini.
"Nah ambo potong jari ambo, esok ambo lambat, tolong punching utk ambo k"
-____________-
Kahkahkah orang tak siuman je yg berani potong jari sendiri.
Cuba bayangkan yang scan muka,...
"Nah kepala ambo, tolong punch kan,.."
Kahkahkah!!!!!
(seram weh,..... @___@)

(masuk mood balik)
Majikan perlu peka n memandang serius terhadap masalah ini.
Mungkin majikan merasakan kerugiannya hanyalah sedikit, namun lama-lama kerugian tersebut menjadi besar.

Contoh:
Sebulan majikan kerugian RM2808 kerana membayar 'overtime' pekerja yg tidak bekerja pun pada masa tersebut. Untuk setahun syarikat kerugian RM2808 x 12bulan = RM33,696



Tak rugi melabur membeli mesin scan jari dari terpaksa menghadap kerugian seperti diatas.
Kerana 'buddy punching' agak susah untuk dikesan maka kerugian tersebut bukan dalam pengetahuan majikan.
Lakukan langkah berjaga-jaga.

'Buddy Punching' ialah satu bentuk kecurian masa pekerja yang dianggar menelan belanja $98 bilion setiap tahun di A.S. keseorangan. Jika 'Biometric System' membantu syarikat anda pulih 5 minit setiap hari kerja dari setiap kakitangan simpanan boleh benar-benar mencampurkan lebih daripada setahun.

Terdapat syarikat menawarkan penyelesaian biometrik yang boleh menyesuaikan sebarang saiz syarikat dan bajet. Sistem-sistem ini pasti penyimpan-penyimpan wang!



Tuesday, February 11, 2014

Kucing n Baby Super Cute!!

Kucing n Baby Super Cute!!


Ambo adalah cat person.
Rumah ambo bertukar ganti kucing. Kat kampung tak payah nak cakap la start pelihara sikit-sikit dulu, lama-lama berduyun-duyun, bergenerasi mung,.. (^,___,^)
Jom ambo ajak relaxkan minda n tengok gambar kucing + baby = Cute Melampau-lampau-LAMPAU!!!

Best Fren 4 Ever




Jom Tidur Sama-Sama,..



 Olololoooooo!!!!!!!!!! Comey comey COMEYYYYY,.....
 
Realitinya kucing adalah binatang yg sangat lembut dengan manusia.
Baby ambo tarik telinga kucing, dia diam je, sampai tersenget kepala kucing tu.
Tapi tak diapa-apakan pun baby ambo. 
Kalau ambo buat macam tu disahkan oleh sirim ambo ada 20 birat cakar kucing n 10 lubang kesan gigitan kucing.
Ciptaan Allah S.W.T terhadap kucing amat istimewa.
Kucing pun tahu sayang baby manusia, memalukan sungguh manusia yg ada baby sespesis tapi dera baby sendiri.

 Wallahualam,..