Showing posts with label Baby & Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Baby & Kanak-Kanak. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Rahsia Bahasa Bayi



Rahsia Bahasa Bayi

  Happy pulak rasanya. Tapi bila jumpa dah terlambat.
Tips ni sesuai dibaca mama-mama yg bakal menyambut kelahiran baru o baby yg still under 4 month.
Cari ilmu bahasa baby tak rugi. Baby akan lebih happy n mama papa pun tak perlu ambil masa yg panjang utk memahami baby.
Jimat masa tak perlu try n error utk hentikan tangisan baby. Mama papa tak penat n baby pun tak la lagi teran menangis sbb tak puas hati.
Ye la cube pembaca yg baik hati sekelian cuba bercakap dgn mat sepanyol, dah ulang banyak kali tak faham-faham, pembaca boleh sabar ke?
Sorang cakap bahasa ayam, sorang cakap bahasa itik.
Ambo dah lama amik batu hentuk kepala sendiri gerammm.
(kepala sendiri, jgn kepala org lain, tak baik -___-)

Dah lama ambo cari bahasa bayi akhirnya jumpa so ambo nak kongsi la dgn pembaca blogger yang disayangi sekelian. Tambah ilmu sikit-sikit lama-lama jadi bukit. ;-D


Menurut Pendidik Bahasa Bayi, Dunstan Baby Language Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd Habib, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, sebaliknya satu cara komunikasi bagi bayi menyampaikan keinginan mereka. Tangisan ini adalah bahasa sejagat di seluruh dunia.

Buktinya, Priscilla Dun­stan iaitu wanita pertama yang memperkenalkan program Dunstan Baby Language membuat kajian selama lapan tahun dari 1998 sehingga 2006 untuk mengetahui jenis dan maksud tangisan bayi. Dia menjalankan kajian ke atas lebih 500 bayi di Amerika Syarikat dan Australia. Hasil penelitian ini menunjukkan semua bayi mempunyai bahasa yang sama walau di mana mereka berada. Malah ia terjadi disebabkan tindakan luar kawalan dan bukan dipelajari sendiri oleh bayi.

“Terutama bagi wanita yang baru bergelar ibu, mereka masih belum memahami punca bayi menangis. Ini menyebabkan mereka memberi susu sedangkan bayi menangis berpunca daripada pelbagai perkara,” katanya.

Uswatun menjelaskan, mengenali tangisan bayi dapat mengurangkan tekanan kepada ibu berkerjaya kerana masa yang digunakan untuk meredakan tangisan bayi akan menjadi lebih singkat. Malah teknik ini boleh diajar kepada pembantu rumah supaya mereka lebih memahami apa yang perlu dilakukan ketika bayi menangis.

Daripada kajian ke atas 1,000 bayi daripada 30 bangsa berbeza, sembilan daripada 10 ibu di dunia memberikan maklum balas positif terhadap teknik ini. Kira-kira 70 peratus ibu ini melaporkan mereka menjadi lebih positif dan berkeyakinan melayan kerenah anak manakala dua pertiga daripada responden mengakui hubungan suami isteri menjadi lebih positif dan tekanan emosi semakin berkurangan.

“Ini menunjukkan me­ngenali maksud tangisan bayi dapat merubah kehidupan wanita terutama ibu menjadi lebih positif dan bermakna. Malah bayi menjadi lebih ceria kerana kurang menangis dan membesar dalam keadaan sihat,” katanya.

Uswatun yang berkelayakan dalam bidang bahasa bayi memberitahu, dia kini menjalankan taklimat dan latihan mengenai topik Mentafsir Makna Tangisan Bayi Dengan Tepat kepada pihak hospital, pusat jagaan kanak-kanak dan ibu-ibu yang ingin mendalami maksud tangisan dengan betul.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/Fahamitangisanbayi/Article#sthash.tnDGtQLF.dpuf


Azim 3 Bulan

Kaedah mengenali tangisan bayi mengajar ibu bapa memahami tangisan sebaik saja bayi dilahirkan sehingga berusia empat bulan. Ia mengkategorikan bahasa bayi kepada lima bunyi iaitu Neh, Owh, Eh, Eairh dan Heh.

Neh adalah bahasa bayi Dunstan untuk menzahirkan rasa lapar dan bahasa ini akan keluar dari mulut bayi untuk memberitahu kepada ibu yang dia lapar.

“Untuk mengenali bunyi ini, bayi akan menggunakan bahasa bayi Neh dengan beberapa kombinasi suara dan gerakan lidah bayi di bahagian langit-langit mulut. Bersama bunyi, bayi akan menggerak-gerakkan kepala ke kiri dan kanan sambil menjilat bibir atau menghisap tangannya. Apabila mendengar bayi menangis seakan bunyi Neh, ibu boleh menyusukan bayi mereka,” katanya.

Sekiranya bayi menangis sambil membunyikan Owh, ia adalah bahasa untuk menunjukkan rasa mengantuk. Ini diikuti tindakan bayi menguap dan pergerakan mulut berbentuk bujur. Ada juga bayi yang menggaru mata, menarik cuping telinga dan menggeliat bagi menunjukkan rasa mengantuk.

“Selepas mengetahui bayi anda mengantuk, ibu boleh menidurkan anak dengan mudah tanpa perlu melakukan perkara lain terlebih dulu,” ujarnya.

Eh pula adalah bahasa bayi yang membawa maksud bayi minta disendawakan. Bunyi ini terjadi disebabkan berlaku kontraksi pada bahagian dada untuk mengeluarkan angin menerusi mulut. Jika dibiarkan, angin akan menekan ke bawah dan menimbulkan rasa sakit.

“Bagi melihat dengan jelas keadaan bayi, biasanya bayi akan menggeliat ketika dibaringkan. Dada bayi menegang dan selepas disusukan biasanya mereka akan menangis tanda tidak selesa,” ujarnya.

Bagi ibu muda, tangisan berpanjangan diikuti bunyi Eairh menandakan ketidakselesaan pada perut atau kembung. Ini dapat dilihat apabila semua bahagian tubuh menjadi tegang dan kaku. Ada juga bayi mengangkat kaki ke arah perut diikuti tangisan yang semakin mengeras.

Heh adalah bahasa bayi daripada Dunstan yang bererti bayi berada dalam keadaan panas, sejuk, ruam atau lampin basah. Suara Heh kedengaran sangat jelas dan bayi biasanya akan berhenti menyusu apabila berasa tidak selesa.

Menurut Uswatun, ibu bapa perlu memahami tangisan bayi selepas dilahirkan sehingga dia berusia empat bulan kerana tempoh ini kritikal bagi ibu bapa menumpukan perhatian kepada bayi mereka. Selepas berusia empat bulan, lama-kelamaan tindakan luar kawal ini akan hilang dengan sendiri dan bayi akan menghasilkan bunyi tangisan berbeza. 

Thursday, February 6, 2014

Membentuk Tingkah Laku Positif Anak

 Membentuk Tingkah Laku Positif Anak


Kisahnya,...
Azim punya pengasuh tinggal sebelah rumah je.
Pintu rumah pun sebelah menyebelah je.
Kakak ni baik n ambo sangat bangga ada pengasuh yg layan anak ambo macam anak sendiri.
Dia pun bahasakan diri dia mak kat anak ambo.
Dia ada 4 orang anak  n semuanya bijak-bijak. Pandai dia didik anak-anak dia.

Anak bungsu kakak ni 3 tahun. Budaknya aktif.
N suka menolong ambo angkat barang Azim ke rumah ambo.
Ambo pun anggap budak ni sebagai anak ambo sejak ambo pindah kesitu.

Sedari semalam ambo terfikir-fikir mengenai hal ni patut ke tak berkongsi.
Takut apa pula kata pembaca yg bijaksana kat ambo.
Pergelutan perasaan seorang mama hanya mama yg tahu.
Kenapa wujud perasaan mempertahankan anak sendiri begitu kuat?
Kenapa nak anak kita menang shj?
Patut ke perasaan sebegini wujud?
Apa kesannya pada anak kita nanti?

Kisahnya begini,.
Selalunya budak ni bila datang rumah dia suka explore rumah ambo.
Tak apa la ambo paham sebab budak kecik seperti ini sifat nak amik tahunya agak tinggi.
Semalam dia bermain dengan permainan Azim.
Ambo perasan Azim sudah ada sikap bersaing.
Apa yg disentuh oleh budak tu Azim pun nak main jugak. Mungkin sebab budak tu suka merampas mainan dari tangan Azim jadi Azim mcm terpengaruh dgn sikap tu.
Nak berebut jugak,... -_______-

 Jadi ke kisahnya, ambo automatic jadi protective anak ambo.
Ambo minta balik barang yg dirampas, bagi balik kat Azim n cuba alihkan perhatian budak tu kat perkara lain.
Ambo pun tawarkan buku dictionary Azim.
Budak tu belek-belek la buku tu sambil bertanya ini apa, itu apa kt gambar-gambar dalam buku tu,..
Ambo pun jawap la satu persatu.
Azim yg nampak budak tu baca buku dia terus dia mengesot askar-askar ke arah buku tersebut n landing baik punya atas buku tersebut.
Budak tu naik marah cuba mengalihkan buku tersebut dari Azim dgn kasar n belum sempat ambo nak alihkan Azim dari buku tu then...
Slruuuuuppppppp!!!! Buku tersebut koyak,..
Hati ambo menggerutu (-..-) tapi tetap cuba sedaya upaya bercakap elok.
Yela anak orang yg berbudi dgn kita, kita kena berbahasa. "Buku utk dibaca, jangan berebut, kan lagi seronok baca bersama tadi. Dah, kena denda, malam ni tak boleh baca buku, main barang lain ye" sambil ambo bawa selotip nak tampalkan yang koyak tadi.
Budak tu merajuk agaknya terus keluar dari rumah ambo.

Rasa bersalah ambo menebal kat budak tu tapi rasa puas sbb dapat mempertahankan Azim.
Tapi bila difikir lama-lama ambo pun sedang tunjuk sikap yg sama dgn budak tadi dengan mengambil barang rampasan dari tangan budak tu.

Muhasabah diri sekejap (-..-)
Adakah itu message n teladan yg bagus utk Azim?
Kenapa ambo bersikap begitu?
Normal ke mama bersikap terlalu melindungi anak sendiri?
Sampai ambo boleh tak perasan ambo sebenarnya sedang tunjukkan sikap yg buruk kat Azim.
Walaupun niat sebenarkan utk mempertahankan Azim...



Rupanya cara menegur anak adalah seperti ini (dari artikel http://tingkahlakupositifkanakkanak.blogspot.com/)

Kanak-kanak cenderung mengulangi perbuatan yg orang dewasa tidak suka mereka buat walaupun dilarang berkali-kali. Akhirnya orang dewasa akan mengamil tindakan 'short cut' untuk disiplinkan mereka.

Tindakan 'short cut' yg sering dipraktikkan adalah seperti mencubit, memukul,melempang atau menjerit.
mereka akan berhenti melakukan perkara 'terlarang' itu serta-merta. Namun akan kembali melakukan setelah beberapa ketika.

Tukar larangan yg berupa negatif kepada pernyataan positif. 'Visual'kan apa yg patut kanak-kanak buat.

Contoh:
Jangan lari - negatif
Jalan sayang, supaya tak jatuh - positif

Jangan bising - negatif
Cakap perlahan-lahan, supaya tak ganggu orang lain - positif

Jangan nangis, nanti ibu cubit.. - negatif + ancaman (tidak sesuai utk kanak-kanak 7tahun ke bawah)
Beritahu ibu apa yang Dilla mahukan - positif

Jangan sentuh - negatif
Tangan ke sisi sayang - positif

Akhirnya ambo buat la research (mcm nk amik PHD begitu (*u*)) tapi cari kat blog orang lain je,..
(-_______-)
n tang ni yg nak kongsi sebenarnya sbb ambo mmg nak sangat amik tau pasal hal ni.
So kalau perkara yg kurang menyenangkan dari anak ambo, ambo tak lah menyalahkan terus kat anak ambo sebab tau buruknya datang dari ambo, yg baik datang dari Allah S.W.T
(Checeh,.. -____-)

Dari mana datangnya personality anak kita yg dapat kita lihat dari perwatakan anak kita hari ini?
Didikan hendaklah bermula dari anak kecil, sikit-sikit, lama-lama baru kita dapat lihat hasilnya apabila besar.
Semoga kita boleh membentuk dan membimbing anak yg berjaya di dunia n akhirat,.. Amin,..
  • Baka keturunan; mana tumpahnya lauk kalau tak ke nasi. Bentuk tubuh badan n rupa mempengaruhi perwatakan anak-anak. William Sheldon dalam (Mahmood Wazar, 2005) mengklasifikasikan tiga bentuk tubuh atau somatotip dengan tiga set personaliti, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomoft. Teori ini menunjukkan hubungan antara resam tubuh dengan personaliti. Hal ini yang demikian, bentuk badan endomorf adalah bentuk badan yang gemuk dan bulat. Individu ini dikatakan sebagai seorang yang periang, suka bergaul, kuat makan, ekstrovet dan tenang. Manakala mesomorf pula merupakan individu yang mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras, dan kuat. Individu ini mempunyai personaliti yang tegas, bertenaga, agresif dan berani. Seterusnya, ektomorf pula ialah individu yang kurus, tinggi dan lembut. Individu ini dikaitkan dengan personaliti yang pendiam, tidak suka bergaul, beremosi, pemalu tetapi cerdik. Selain bentuk tubuh, penyakit yg diwarisi, emosi yg diwarisi sejak dari dalam perut mama n emosi yg dipamerkan dari kedua ibubapa, n kecergasan tubuh badan ibu bapa juga diwarisi kepada anak membentuk personality mereka apabila membesar.
  •  
  • Didikan ibu bapa; Perbuatan dan amalan mama papa akan diperhatikan oleh anak-anak setiap hari dan menjadi ikutan sejak kecil. Didikan bukan setakat mengajar ABC, 123 n Alif Ba Ta, tapi juga mendidik ilmiah n kendiri anak. Penekanan untuk anak menilai baik dan buruk lebih mudah dengan pendedahan agama sejak dari kecil. Keluarga yg aman akan membentuk anak yg lebih berkeyakinan dan positif, namun sekiranya keluarga porak peranda maka anak akan lebih agresif, panas baran dan mudah hilang keyakinan diri.
  •  
  • Pengaruh rakan sebaya; merupakan salah satu faktor yang terpenting didalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang kedua terpenting selepas keluarga bagi remaja. Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Samaada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah ynag positif ataupun yang negatif.
  •  
  • Pengalaman Awal; Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan personliti sesorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil, membuat kotor dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa bimbang dan bersalah. Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu membaca abjad atau menulis angka-angka yang senang ketika berada di Tahun satu. situasi ini akan memberi impak kepada  harga diri serta konsep kendiri positif seseorang kanak-kanak.
  •  
  • Pendidikan di sekolah; Sebahagian masa yang ada dihabiskan disekolah bagi pelajar-pelajar. Oleh sebab itu pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Jika sebaliknya, jika pengetuanya kurang tegas dalam segala hal maka pelajar akan menjadi lebih pasif,menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Selain itu guru berperanan didalam membentuk perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif yang ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.
  •  
  • Sosiabudaya; Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak juga. Didalam kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni sepertihormat-menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang.
  • Pemakanan; Imam Ghazali berkata, “Jika kita ingin anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan fikiran mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka kepada kita jika diberikan makanan yang kotor.” Makanan yg diberi kepada anak hendaklah makanan yg halal dan datang dari hasil yg halal. Sekiranya diberi makanan yg tidak halal, jiwa akan gelap dan anak akan mudah terpengaruh dengan perkara negatif dan sikap yg buruk. Makanan yang seimbang yang disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan mengangu didalam perkembangan personaliti seseorang itu.
  • Simbol Status; jika nilai-nilai dan norma-norma masyrakat adalah sihat, individu-individu yang membesar dalam situasi itu, akan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia untuk berkorban kerana hendak menolong orang lain.
  •  
  • Media massa;Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah merupakan medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan seharian. Maka tidak hairan jika media massa juga memainkan peranan yang penting didalam membentuk perkembangan personaliti seseorang. Oleh sebab itu, pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika kanak-kank lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah seperti taman sesame dan sebagainya, akan dapat membantu perkembangan intelek seseorang pelajar.

Wednesday, February 5, 2014

Menghentikan Tangisan Bayi

Menghentikan Tangisan Bayi

Ambo tercuit utk berkongsi punca dan cara menghentikan tangisan baby ni sebab agak terkilan dgn sesetengah individu yang melulu meletakkan kesalahan bayi menangis secara berterusan berpunca dari ibu bapa tidak pandai menjaga anak.
Terutama si mama yg dipersalahkan kauukauu!! -_________-
(emo pulak ambo T_T, ada perasaan rupanya,..)

"Anak mung ni nangis sebab kembung, mung makan tak jaga".
Selain itu "Anak mung kena sampuk dgn hantu ni". Itulah ayat yg selalu mama-mama dengarkan? Setuju tak?
 Ayat tuduhan melulu yg dilemparkan tanpa dipastikan dahulu punca-punca lain kenapa bayi menangis.

Apa yg perlu diketahui, menangis adalah komunikasi pertama yg dikuasai oleh anak anda.
Dengan tangisan bayi menyampaikan message tertentu kepada ibu bapa.
Apa yang perlu diketahui, tangisan adalah cara komunikasi pertama dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi menyampaikan keinginan dan keperluannya secara efektif. - See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/Fahamitangisanbayi/Article#sthash.tnDGtQLF.dpuf
Apa yang perlu diketahui, tangisan adalah cara komunikasi pertama dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi menyampaikan keinginan dan keperluannya secara efektif. - See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/Fahamitangisanbayi/Article#sthash.tnDGtQLF.dpuf
Apa yang perlu diketahui, tangisan adalah cara komunikasi pertama dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi menyampaikan keinginan dan keperluannya secara efektif. - See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/Fahamitangisanbayi/Article#sthash.tnDGtQLF.dpuf

Sepatutnya kita cuba pastikan dahulu antara punca baby menangis.
Adakah kerana lapar, keletihan, mahukan belaian o pelukan, o adakah bayi terkejut kerana bunyi bising atau sentuhan yang mengejut, berasa gayat apabila pakaiannya dibuka, berasa terlalu sejuk, panas, sakit atau tidak selesa misalnya kerana ruam lampin. 

Sekiranya kita sudah pastikan segala punca diatas penyebab bayi menangis so kita kenalah buat apa yg patut seperti tukar lampin, ubah suhu aircond ke suhu yg bersesuian 25-26'C, peluk bayi utk menenangkan, o jauhkan bayi anda dari kesesakan org ramai yg mengakibatkan baby anda tidak tenteram o kepanasan n seangkatan dgnnya yg sepatutnya dibuat.

 Azim Merengek

Sekiranya bayi anda masih menangis selepas segala usaha dilakukan kerana punca diatas, barulah kita boleh meletakkan kemungkinan baby anda terkena Colic.
Segera bawa ke hospital utk pengesahan.

Menurut dari website http://www.al-islamhospital.com.my, baby menangis dengan lama adalah disebabkan Colic (Sawan Tangis / Kembung)

Untuk mententeramkan bayi yang menangis, katanya ibu bapa perlu belajar memahami keperluan bayi, gerak-geri dan tindak balasnya. Tidak semua bayi boleh ditenteramkan dengan cara yang sama. Ada bayi mudah ditenteramkan, ada bayi yang sukar berhenti menangis. Ibu bapa perlu tahu kebanyakan bayi akan berhenti menangis selepas dibelai beberapa ketika. Namun, ada segelintir bayi yang akan menangis terlalu lama dan sukar untuk ditenteramkan,” katanya. Dr Noor Aziah berkata, apabila bayi menangis terlalu lama tanpa sebab, sukar dipujuk malah pemeriksaan doktor mendapati bayi tidak mengalami sebarang penyakit, masalah ini dikenali sebagai ‘colic’.

“Dalam bahasa kita, keadaan ini kerap digelar sawan tangis dan sebanyak 20 peratus bayi yang baru lahir dan mencecah usia empat bulan akan menghadapi masalah colic,” katanya.

Justeru, katanya sememangnya sawan tangis boleh dianggap perkara yang biasa berlaku pada bayi. Bagaimanapun, setiap kali berlaku, ia cukup menggusarkan ibu bapa, lebih-lebih lagi jika ia berlaku melebihi tiga jam hampir setiap hari. Dr Noor Aziah berkata, colic, sawan tangis atau kembung perut merujuk pada tangisan yang lama atau kerap. Namun, maksud ini sangat subjektif dan toleransi ibu bapa terhadap tangisan bayi juga berbeza.

“Bagi sebahagian kita, tangisan melebihi beberapa minit sudah dikira cukup lama. Bagi yang lain pula tangisan bayi melebihi beberapa jam akan mula mencemaskan. Dari sudut kajian, saintis mengambil kira tangisan yang berterusan melebihi dua hingga tiga jam sehari dan berlaku melebihi tiga kali seminggu sebagai tangisan ‘colic’.

Faktor
Tiada ketahui punca utama masalah colic. Bayi colic biasanya kerap membuang angin sama ada kentut atau sendawa selepas menangis. Bagaimanapun, ada kajian menunjukkan kekerapan membuang angin itu disebabkan bayi banyak menelan udara ketika menangis.
Ada berpendapat usus bayi kurang matang dan belum berfungsi dengan baik menyebabkan colic kerap berlaku di bawah usia enam bulan. Colic dikatakan berasal daripada sistem saraf yang kurang matang. Justeru, bayi lebih mudah teruja dan tidak berupaya meleraikan tangisannya setelah mula menangis.
Bayi akan lebih terganggu oleh bunyi bising seperti televisyen, telefon atau suasana dan bunyi-bunyian yang asing. Pendedahan lebih banyak kepada bunyi akan menyebabkan bayi mengalami colic.
Pemakanan ibu yang menyusu badan juga kerap dikaitkan punca colic. Misalnya, sesetengah jenis makanan menyebabkan pengeluaran gas atau angin yang menyebabkan bayi kembung atau colic. Bagaimanapun, tiada bukti yang jelas membuktikan pendapat ini kerana tiada makanan khusus yang menyebabkan colic.
Ada juga teori yang mengatakan bahawa kurang ikatan di antara ibu dan bayi (poor maternal bonding) menyebabkan colic. Bagaimanapun, kajian membuktikan bahawa ikatan ibu dan bayi tiada kaitan dengan colic. Colic tetap berlaku walaupun ikatan perhubungan ibu dan anak sangat erat manakala ibu yang kurang erat dan prihatin pada bayinya jarang berhadapan dengan masalah bayi engalami colic.

Dalam masyarakat kita utk menghentikan bayi menangis masih ada yg mengamalkan melambung bayi tinggi-tinggi, menjerit utk mengejutkan baby, n menggoncangkan bayi dgn kasar.
Sepatutnya kita kena lebih menghormati bayi yg menangis dgn "hear" not "listen".

Dalam bahasa Inggeris, perkataan “listen” dan “hear”  membawa maksud yang sangat berbeza.
Ambo meringkaskan  “listen” membawa maksud mendengar manakala “hear” bermaksud memasang telinga atau mengamati.
Tangisan bayi membawa maksud tertentu dan mama n papa haruslah lebih peka.
Tangisan seperti merengek menunjukkan anak memerlukan pelukan dan dimanja, o tidak selesa, letih n mengantuk ataupun lapar o dahaga.
Tangisan yg keras menunjukkan anak sedang marah, dalam kesakitan, rimas, ketakutan ataupun terkejut.

Ini artical yg di copy oleh ambo dari http://pama.karangkraf.com.
Sindrom bayi digoncang (Shaken Baby Syndrome)atau SBS adalah sebab utama kematian bayi dalam kes trauma kecederaan kepala (Abusive Head Trauma, AHT). Di anggarkan lebih 300 bayi mati akibat digoncang setiap tahun di USA. Puncanya? Bayi digoncang secara ganas oleh orang dewasa yang tidak tahan berhadapan tangisan bayi. Maka, pada 1990, The National Centre on Shaken Baby Syndrome (NCSBS) ditubuhkan dengan tujuan mendidik dan melatih ibubapa serta para professional, menjalankan kajian bagi membanteras penggoncangan dan penderaan bayi di USA. Sehingga kini, NCSBS merupakan satu-satunya badan bukan kerajaan di dunia yangmemperjuangkan kes penderaan bayi/kanak-kanak SBS.
 
Sebagai contoh, Dr Harvey Karp, seorang pakar kanak-kanak Amerika,sangat terkenal kerana membangunkan teknik 5S untuk mententeramkan bayi: Swaddle (balut), Swing( goyang),Shush (membuat bunyi Shhh..), Suck (menghisap sesuatu) dan Side/Stomach Position (baringkan bayi pada sisi atau perutnya).

Disudut yang lain pula, inovasi ciptaan alatan atau bahan bantuan mententeramkan tangisan bayi mengambil tempat. Dari CD bunyi-bunyian menghampiri bunyian didalam rahim ibu yang amat digemari bayi, bantal, kerusi goyang hinggalah ubat berasaskan herba.

 Atas pengalaman ambo sendiri, baby Azim ada 2 3 kali menangis tempoh agak panjang.
Masa tu masih di consider baru memasuki dunia baru sebagai mama n didedahkan dgn pelbagai teknik-teknik dari ramai yg berpengalaman.
Tips yg munasabah ambo ikut, tapi tips yg kurang munasabah ambo angguk-angguk jela.
(amik hati, ambo ni bukan orang terus membidas orang kalau tak setuju. nak hidup aman cari kawan, jangan cari musuh) 
-..-

Jangan biarkan bayi menangis sendiri lebih dari 15 minit.
Menurut Dr. Penelope Leach, penulis buku Your Baby And Child: From Birth To Age Five, bayi yang stress dan dibiarkan menangis lama, berisiko mengalami masalah psikologi di kemudian hari, misalnya boleh mengalami kesulitan belajar.


Tips dari pengalaman ambo utk menghilangkan tangisan baby: 
(setiap bayi adalah berbeza, jadi ataupun tak itu bergantung kepada bayi tersebut)
 
  •   Baby merengek terus sumbat puting takut baby lapar, jangan dibiar lama-lama nanti jadi habit lapar je terus merengek bukan meminta. Baby azim meminta dengan menyenget n memuncungkan mulutnya sambil mengiling kepala masa 1-3 bulan. Selepas tu dah start gesek-gesek muka kat dada kalau lapar. Tapi kalau baby menolak utk menetek? Masuk cara seterusnya,..
  •  
  • Check pampers baby ada 'unk unk' tak, if tak unk unk maybe pampers penuh dgn 'wee wee'. Tukarkan ok. If masa tukarkan pampers ada melecet, sila basuh bersih-bersih n sapukan cream nappy rush sebelum melecet tersebut lagi teruk. Jangan jangan jangan dibiarkan. Tapi dah tukar masih menangis, masuk bab seterusnya,...
  •  
  • Peluk baby erat-erat kat dada. Baby ambo tak suka dibedung so pelukan dapat buatkan baby rasa selamat dan aman. Berbual dgn baby dalam pelukan dgn suara yg lembut, berselawat dgn perlahan-lahan. Selalunya baby Azim terus ok. Tapi kalau tak ok jugak teruskan babak seterusnya,...
  •  
  • Adakah baby ambo sakit? Baby ketika sakit suka merengek sebab tidak selesa. Check perut baby kembung ke tak. If kembung urut perlahan-lahan dengan minyak kayu putih o apa saja brand yg u guna kat perut baby dgn urutan melawan arah jam. Check suhu baby, yg tak ada termometer, check dahi baby guna belakang tangan bukan tapak tangan k. Kalau baby batuk sapukan Viks Blossom didada, dibelakang n dileher. Sekiranya baby selsema pastikan baby boleh bernafas. Sedut hingus baby dgn penyedut hingus baby, siapa yg ada penyedut tersebut sila sedut guna mulut ye. Pastu jumpa doctor n mitak ubat,... Next,..
  •  
  • Check telinga n hidung baby sejuk tak. Maybe kerana sejuk baby merengek. Selimutkan o tukar baju yg lebih tebal n berlengan n berseluar panjang. If baby berpeluh bukakan selimut n tukar baju baby yg lebih nipis. Semasa baju ditukar selalunya baby menangis adalah perkara biasa kerana rasa gayat n tak selamat so selepas tukar baju baby peluk baby erat-erat k. Tapi selepas tukar pun menangis so next step,...
  •  
  • Check setiap inci badan baby anda ada kesan gigitan kemerahan ke tak. If ada kemerahan sapukan minyak kayu putih, tylon o so on. Sekiranya ada lebam, bengkak o luka, boleh sapu dgn minyak gamat dulu n bawa ke klinik utk pastikan tiada kecederaan yg lebih serius. Tapi baby merengek juga sekiranya tiada kecederaan o kegatalan, next,...
  •  
  • Baby ambo penat n mengantuk pun merengek juga. Cuba tidurkan baby anda dengan cara tersendiri. Jadi bila kita consistently dgn cara yg sama utk tidurkan baby kita next time baby kita akan paham sekiranya kita lakukan perkara tersebut bermakna kita nak dia berehat n tidur. Sesetengah orang letakkan baby dibuaian, ada yg letakkan baby dibahu n dodoikan, tapi ambo sejak baby ambo dilahirkan ambo letak atas tilam, bagi milk n tepukkan bontot je, pastu bernafas consisten macam kita tidur berdekatan baby sampai dia tertidur. Menangis jugak maka seterusnya,...
  •  
  • Baby ambo kebosanan. Bawa baby bermain o berjalan-jalan. Berjalan-jalan depan rumah pun bole.
  •  
  • Sekiranya baby anda menangis tiba-tiba ditempat yg ramai orang, jauhkan baby anda dari kelompok tersebut sehingga baby anda berteneng n start masuk ke kelompok tersebut perlahan-lahan.
  •  
  • Sekiranya keluar dari rumah amalkan bacaan Al-Fatihah, 3 Kul n Selawat banyak-banyak-BANYAK utk baby
  •  
Kepada mama papa yg membaca jangan sesekali give up kat anak sekiranya anak tidak mahu berhenti menangis.
Banyak-banyakkan bersabar.
Sikit-sikit, lama-lama berhenti juga menangis baby kesayangan pembaca yg bersabar.
Just perlu explore di mana kehendak dan keperluan anak okey,.. ;-)