Monday, October 22, 2018

MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN??

Siapa yang tak nak ada pendapatan sampingan.
Ada pendapatan sampingan bermaksud ada duit lebih.
Wujud tak pendapatan sampingan yang memenuhi keteria seperti berikut..

1- Modal kecil
2- Tiada risiko rugi
3- Jaminan modal dipulangkan 100% sekiranya tak puas hati
3- Tak perlu simpan stock n jual stock
4- Tak perlu ambil order n hantar barang
7- Kerja di rumah n boleh dibuat dimana saja
8- Jaminan hubungan silaturahim terjaga
9- Mengambil masa n tenaga yang sedikit
10- Keuntungan sentiasa ada

Mesti percaya wujud kerja sampingan di dalam semua kategori diatas.
Betul-betul ada.
Kerja ini halal n sah disisi undang-undang.
Bukan Money Games macam Bitcoin, Cepat Kaya, Forex n seangkatan dengannya.
Bukan juga MLM business model dimana diatas kaya raya dibawah mati beli barang tak dapat jual.

Bagaimana business ini berjalan? (Jeng jeng jeng!!)
Bismillahirahmanirahim,...

Online Business!!!!
(selalu dengar -_____- )

Bagaimana pula Online Business Customer Referrer Customer?
(macam pernah dengar n perlu ulasan lebih kan kan kan)

 Didalam online business selalu ada promosi seperti ini.
Sekiranya kita recommend sesuatu kita akan dapat coupon, voucher, discount o rebate.
Contoh:
 Grab Car akan bagi anda RM10 grab money kalau ada kawan anda download app mereka melalui link yang korang bagi betulkan.
Dan banyak lagi lah promosi dari banyak online business yang lain bergantung kepada business customer referrer customer untuk berkembang.

Disini ambo nak memperkenalkan satu lubuk business online yang masih baru di Malaysia yang memberikan pendapatan sampingan yang mampu membayar anda 
2 jenis komisen pasif and 4 jenis bonus 
sekiranya anda menjadi partner mereka untuk business 
customer referrer customer.

Customer Referrer customer adalah pendapatan tambahan yang terbaik KERANA:

1- Business ni kita tak perlu mencipta produk untuk dijual
2- Tak perlu modal
3- Tak ambil masa dan tenaga yang banyak
4- Keuntungan sentiasa ada
5- Seperti statement 1-10 diatas lah,..

Siapa yang berminat sila WhatsApp ambo anytime
013-9282484
Ambo tinggal kat area Subang jadi sesiapa yang nak jumpa ambo pun bulih.
Arrange place, date n time.
(Pilih tempat yang selamat ya)
Ini masanya untuk ada pendapatan sampingan 4angka n keatas.

Friday, February 28, 2014

Peminat LEGO? Maksimumkan Penggunaan LEGO



Peminat LEGO? Maksimumkan Penggunaan LEGO


LEGO ambo belikan untuk azim. 
Tapi Azim belum boleh main sbb disyorkan kanak-kanak 3 thn keatas boleh main. 
Ambo ni kan boros. 
Teruja nak explore kemampuan anak tapi baby 8bulan apa yg tau.
So jadi barang mainan mama Azim, ambo buat kapal, buat kereta, buat kapal terbang.
Tapi yg ambo jumpa ni betul-betul diluar imaginasi ambo.
Best idea-idea ni.
Collect sikit-sikit lama-lama jadi bkit jugak,..
Jom layan,..


Rantai berbentuk hati
1.) A heart friendship necklace. 

Repair dinding rosak
 2.) Adorable structural repair.

Home deko design untuk kanak-kanak o dewasa
3.) Fun home design for kids (and adults).

Barang pembelajaran untuk kanak-kanak
4.) An awesome educational tool for kids. 

 Buat bangunan (WOW,..)
5.) Actual buildings made of LEGOs. 

 Kaki palsu kepada binatang peliharaan
6.) Prosthetic legs for our animal friends. 

 Jadi keychain n key holder
7.) A custom key holder, so you'll never lose your keys again. 

 Phone charging station
8.) An awesome cell phone charging station. 

 Simple cell phone dock
9.) A simple cell phone dock. 

 Tempat menyimpan pisau
10.) Custom-made knife block (that you should please, please keep away from children). 

 Computer case
11.) A computer case that you can build to your specifications. 

 Butang baju
12.) Cool cuff links for your wedding day. 

 Lampu malam yg menarik
13.) Adorable night lights for your child's room. 

 Rmah kepada haiwan peliharaan
14.) Nerdy houses for your pets. 

Perabut rumah
15.) Sort-of comfortable furniture for your home.

Kotak hadiah yg menarik
16.) An adorable gift box (and an awesome idea for an engagement ring box). 

Bayangkan silap-silap pada masa hadapan pembinaan rumah dari LEGO. Hebattttt!!!


 


Thursday, February 27, 2014

Idea mencari perniagaan pendapatan sampingan

Idea Mencari Pendapatan Sampingan

 

Selalu kering,.. T_T
Boros melampau ambo ni,..
 Korang ada idea tak, nak hilangkan perangai boros ambo ni?

Ambo perlukan pertolongan,..
Ambo perlukan pendapat n nasihat yg akan menusuk ambo,..
Nasihat yg sampai ambo nak guna duit pun jadi fobia,..
-..-
Betul ni,..
Nak berjimat sikit-sikit, tapi lama-lama gatal tangan ambil duit tu balik,..
T_T

Menabung belum cukup membantu ambo untuk lama-lama jadi bukit.
Ambo perlu ada alternatif tambah pendapatan ambo biar seimbang dengan perbelanjaan ambo.
Sekaligus boleh mencipta benih-benih simpanan. CHEEEWAHH,..
MAKA,..
Datang idea gila-gila dari kepala ambo
Cara Mencari Pendapatan Sampingan,..
(Tanpa bekerja keras)
-___________________-

(nak fulus tapi tak perlu bekerja keras,.. ada ka,..???)

Syarat-syarat idea kerja sampingan mengikut kemampuan ambo:

a) Ambo kerja isnin - jumaat. So kerja sampingan tak boleh kacau masa bekerja.
 b) Modal tak boleh melebihi RM500
c) Tak perlu berpisah dgn baby Azim pada weekend, n aktiviti boleh dilakukan bersama.
d) Bersesuaian n berkemampuan dengan status ambo bini orang n branak satu. ^_^
e) Tak mengambil sampai 48jam masa weekend ambo (mesti ada time ambo rehat-rehat ngn family)
 f) Logik n rasanya ada permintaan... Erm Erm,..
g) Bukan pelaburan semata-mata, labur 100 dapat 1000000,.. (ambo kurang yakin duit yg datang bergolek sendiri,.)


1
Alang-alang nak pergi kerja lalu hadapan sekolah anak jiran, tak salah kalau offer utk tumpangkan n dapat upah yg lebih rendah dari yg perlu anak jiran bayar pakai bas. 
Bas sekolah dah naik ma,..
Kalau anak ambo dah besar nanti ambo nak tumpangkan kawan-kawan anak ambo ke sekolah. 
Minta upah.
Lepas duit minyak ke tempat kerja 2 3 hari ok apa,.. 
Ermm,.. Nanti nak tanya,..

2
Area kawasan rumah dekat dengan tempat rekrasi.
Beli bekas tahan sejuk.
Pakai baju yg comel skit.
Jual aiskrim malaysia pagi 9-11 pagi o petang masa orang beriadah.
Penat berjoging syok jugak mamam batang aiskrim malaysia nih.
Um untung-untung,...
Dalam masa yg sama boleh bawa Azim jalan-jalan kt sana sekali.

3
Tanam sayur-sayuran hidroponik.
Hidroponik tak perlu siram hari-hari.
Tabur benih, tunggu sayur membesar je. ^_^
(nampak sgt ambo orang malas,..adoi,.. -..-)
Jimat tak payah beli sayur.
Sayur lebih-lebih jual kat jiran.
Dapat 5 6 ringgit sekali harvest ok apa kan,..
Kadang-kadang nak masak lomak cili api tak ada, beli kat ambo kejiranan ni sudah.
Buat apa start enjin bakar petrol semata-mata nak beli cili padi sehinggit,..

4
Jual nasi lemak o mee goreng kat office.
Malas nak masak beli kat warong jela.
Up 20 30 sen sebungkus.
Untung jugak.
Lepas duit makan tengah hari.

5
Jual kerepek, gula-gula, jeruk o kacang sebungkus RM1, bungkus banyak.
Letak dalam balang kat office.
Bosan-bosan geng-geng office nak mengunyah.
Ok jugak,..

6
Pelihara ayam kampung sepasang.
Ayam bertelur dah kurang belanja utk beli telur.
Telur ayam kampung lebih-lebih kasi jual kat jiran tetangga.
Sebijik 50 sen telur panas-panas lagi.
hehhehehee,.. :-P

7
Jual newspaper n botol-botol plastik belambak-lambak kat dapur.
Dapat la 3 4 hinggit,..
Uih 3 4 hinggit dah dapat beli pisang goreng dah!!
Uih sedap weh,..
Esh baru cakap pasal simpan duit jangan boros..
-_____-

8
Jual ayam goreng!!!
Seekor ayam RM10-13, potong lapan.
Seketul jual RM2.50.
Dapat RM20!! Ok Ok!!
Kat luar ayam seketul pun dah RM3.50.
Dapat bersaing nih,..

9
Buat kelas pra education utk budak-budak umur 1 hingga 4 tahun pada hujung minggu.
Ambo suka main dengan budak-budak ni,..
Azim umur 6 bulan dah boleh sebut mama, papa, mak (pengasuh)
Baik korang percaya, ramai saksi baby ambo sebut mama papa.
7bulan dah pandai pegang pen magnetic (cara pegang macam nak tikam orang) n conteng kat papan magnetic. Heeee,..
Jom hantar anak kat rumah ambo hujung minggu ambo ajar pra education level.
Kat rumah ambo tu belambak-lambak barang n permainan utk education anak-anak kecil nih,..
(boros la katakan,.. -_______________-)

10
 Join jadi ahli produk-produk direct selling macam Tupperware, Minyak Qnet, Jus Qaseh, bla bla bla,..
Nak cari orang beli agak susah tapi orang lain boleh buat, ambo mesti bole jugak kot,..
 Belajar perlahan-lahan,....

11
Jual paket 3in1 kat office.
Sebatang seringgit.
Ok dari diorang beli air kat luar sebungkus air milo o nescafe dah RM2 dah.

12
Buka gerai depan rumah jual coconut shake.
Um sedapnye!!!!
(ambo je kot yg tak sudah-sudah hirup)
^____________^

13
Jual topup telepon.
Erm cam ok je,..

14
Jual barang dalam internet.
Media sosial seperti facebook, tweeter, instagram, bla bla bla,...
-__________-
Barang ape ye nak jual??,....
Eh bila survey banyak la pulak,...

15
Jual burger hujung minggu.
Penghantaran ke rumah-rumah.
Tak pernah dibuat orang tu.
Yela hujung minggu malam-malam orang nak santai-santai kat rumah.
Order melalui phone je,..
Burger sampai.
Ok tak ok tak?

16
Ada printer. Erm servis printing pun boleh jugak nih.
Sekeping black n white 10sen n color 20sen.
Print gambar pun boleh jgk ni sekeping A4 glossy paper RM10 jer.
Flayers, brouchers, sticker,.. Eh banyak la pulak,..
Erm boleh jugak print card utk sebarang event.
Design card ambo expert,.. Chewah,.. -..-
Card kawin pun print sendiri,..
(bocor rahsia... 'x')

17
Business basuh toto, cadar, selimut tebal n langsir.
Ada mesin basuh boleh basuh.
Ambil kat rumah customer n hantar kat rumah custumer balik.
FUH!!!
Hebat jugak nih,....

18
Suh hubby belajar tukar minyak hitam dan oil filter.
Boleh servis tukar minyak hitam sendiri. Jimat,...
Nk amik upah tukar minyak hitam kat rumah-rumah orang pun boleh.
Boleh jual minyak hitam, oil filter n oil metal treatment kat orang skali kn,..
(kahkahkah nak recruit hubby pulak dah,.. -_______-)

19
Beli pemotong rumput.
Amik upah hujung minggu potong rumput kat rumah orang.
Erm macam ok tapi kena keluar modal besar la sikit nih,..

20
Ada kamera yg berkualiti n software editing foto.
Hah, buat offer sesi fotografi outdoor untuk keluarga, couple, kanak-kanak n bff (bestfren4ever)
4jam tak payah charge mahal-mahal kan,..
Set date, vanue n kol berapa, kita jumpa n klip, klip, klip,..

21
Ada kemahiran buat RESUME.
Amik upah buat resume.
Boleh offer sesiapa nak buat resume hantar melalui email information diri n ambo hantar resume siap.
Boleh jugak nih,..

22
Culik kucing sepasang dari rumah ma abah bawa ke K.L.
Biakkan n jual!!!
(kucing pun jadi mangsa ambo nak cari duit sampingan)
-________________-

23
Bab mengubah bunga ni ambo pun pakar.
Bagi baget RM50-300, macam-macam ambo boleh gubah.
Termasuk pasunya sekali. haaa,...
Ada ke orang nak ambo gubah?
(cit cit cit burung terbang melintas,... -______-)

24
 Hah!! Mengubah hantaran!!!
Hantaran ambo ko hubby, ambo gubah
Hantaran hubby ko ambo, ambo jugak gubah :-P
Hantaran adik beradik, sepupu sepapap, ambo guboh
So bagi je budget berapa, ambo boleh ubah mengikut tema n menarik tertarik gitu,...
So siapa nak gubah hantaran bagi kt ambo gubah?
(yooosss kapal terbang pulak melintas,..... T_T)

25
Servis bersih dalam rumah.
Pembersihan selama 2jam sehari sekali je.
Lap perabut, lap tingkap, lampu, kipas, sapu, mop lantai, vacuum carpet n bersih susun perhiasan rumah n buku.
Basuh tandas n dapur sekali.
Upah 80hinggit,.. Berbaloi x?

26
Jual readymake sebarang lauk pauk.
Contohnya,. Ayam masak lemak cili padi, semua bahan-bahan disiapkan n ayam-ayam dipotong siap-siap.
Bungkus cantik-cantik n letak kat kedai-kedai runcit yg ada belambak peti ais tapi kosong je,...
So customer perlu masukkan semua dalam periuk je.
Erm ok jugak nih,.. ^_^
Silap-silap ambo yg lepas balik kerja beli sendiri produk sendiri sebab tak sempat nak prepare barang makan malam kat rumah,.. Hehehe,..
 
27
Sepupu suami buat katering,..
Boleh promote servis katering dia n ambil komisen.
Boleh x???

28
Jual sagun.
Huh zaman ambo kecik-kecik dulu pantang nampak sagun.
Sedap loh sagun.
Korang tau tak apa tu sagun?
Ala tepung ngn kelapa digoreng sampai perang n tambah gula.
Balut dalam kertas. Fuh!!
 
29
Jual keropok lekor belum digoreng.
Sekali dengan sos keropok lekor. Sedappp,... Betul tak tipu,..
Ambo lahir je kat Kelantan.
Tapi ambo membesar kat Terengganu, malu la tak tau buat keropok lekor -..-
 
 30
Ntah dah tak keluar idea dari kepala hotak ambo,..
 
 
Entah yg mana akan ambo pilih ntah,..
Baik cuba satu-satu yg mn available dgn kelapangan ambo yg limit ni.
 Sikit-sikit lama-lama jadi bukit,..
 
Bye,...
 

 



Wednesday, February 19, 2014

Cara Mendapat Kesempurnaan Dalam Hidup

 

Cara Mendapat Kesempurnaan Dalam Hidup


 Ambo selalu terfikir macam mana nak dapatkan hidup yg sempurna. Semakin diusaha, makin diminta, makin dikejar, ambo tetap tak jumpa kesempurnaan itu. Akhirnya ambo terbaca satu kisah yg akhirnya ambo sedar apa itu kesempurnaan.
Harap kisah ini juga dapat memberi kepuasan dalam hati pembaca yg budiman apabila sudah mencapai kesempurnaan itu ye
:-)

 
Suatu hari seorang pemuda berdialog dengan Gurunya.

Pemuda : "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?"

Sang Guru merenung sejenak lalu menjawab, : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah dalam perjalananmu dan jangan pernah kembali kebelakang!!"

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, pemuda tadi kembali kepada Sang Guru dengan tangan kosong dan hampa. 
 
Lalu Sang Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?"

Pemuda : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi tidak ku petik kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah, namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang terindah, dan aku pun tidak boleh kembali kebelakang lagi!"

Sambil tersenyum sang Guru berkata : "Yaa... itulah hidup, semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya, kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak akan pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan yang ada!!"

Lakukanlah hal-hal seperti ini :
-Bila tidak mungkin memberi, Jangan mengambil
-Bila mengasihi terlalu sulit, Jangan membenci
-Bila tidak bisa menghibur orang, Jangan membuatnya sedih
-Bila tidak mungkin meringankan beban orang, Jangan memberatkannya
-Bila tidak bisa memuji, Jangan menghujat
-Bila tidak bisa menghargai, Jangan menghina

Jangan mencari kesempurnaan, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita.. 
Mengucap syukurlah didalam setiap perkara dan jadikanlah apa yang didepan mata kita semuanya indah oleh karna bersyukur. Semoga bermanfaat
 
 
 
Ya Allah,. Jangan la Engkau tarik semula kesempurnaan yg Kau berikan kepadaku,.. Amin,..
 









 
 

Perhiasan Rumah Yang Kita Tak Perasan, Walhal Haram Mengikut Islam


Perhiasan Rumah Yang Kita Tak Perasan, Walhal Haram Mengikut Islam

 

Dalam keasyikkan dan keterujaan memasuki rumah baru, ramai yang terlepas pandang tentang dekorasi perhiasan dalam rumah bukan semua adalah dibenarkan dalam Islam.
Bagi ambo rumah yg mempunyai kelengkapan perabut dan peralatan yg perlu dan digunakan sahaja adalah lebih memadai dan kurangkan perhiasan yg membahayakan juga menjadi keutamaan kerana ambo mempunyai anak kecil.
Ruang memainkan peranan yg penting untuk membesarkan anak dimana anak bebas utk bergerak dgn lebih bebas.

Dalam hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban,
Rasulullah s.a.w bersabda: "Empat unsur yg membawa kebahagiaan iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yg menyenangkan hati"....

Rumah yg sarat mengakibatkan hati kita (terutama ambo) tidak tenang dan berserabut. Oleh itu kita seharusnya menghias rumah tidak terlalu sarat dengan perabut agar ruang cukup luas dan menenangkan kita.

Manakala dalam surah an-Nahl (80),
Allah s.w.t berfirman : "Allah menjadikan utk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yg menyenangkan".......

Dalam menghias rumah, tidak harus wujud unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung perhiasan, gambar yg berunsur kemaksiatan ataupun gambar orang kafir selalunya gambar artis-artis digantung,..
Perabut seperti lampu dan kerusi, pintu mahupun dinding berukir dan dilukis seperti manusia ataupun binatang juga tidak dibenarkan. Selain itu perhiasan yg terangan mempunyai simbol orang kafir contohnya seperti salib adalah dilarang sama sekali.
 
Ini kerana, dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya barang-barang yg boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.
Kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yg mengandungi patung...

 Dalam hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim,
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yg di dalamnya  ada patung"....

CACATKAN ANGGOTA PATUNG

Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung didalam rumah maka hendaklah dipatahkan kepala patung tersebut atau dicacatkan agar patung itu tidak diagungkan.

Ini berdasarkan sebuah hadis menceritakan keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung..
Hari berikutnya pun Jibrail tidak masuk sehingga dia menyatakan kepada Nabi Muhammad
"Perintahkan supaya memotong kepala patung itu".. Maka dipotong ia sehingga keadaannya seperti sepohon pokok...(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas n perak kerana  bila adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan meninbulkan perasaan / sifat sombong, riak n ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yg ada padanya.
Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudkan perbezaan / jurang yg berlebihan antara golongan kaya n miskin.

Menyentuh isu perhiasan yg dibolehkan dalam Islam adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, gambar pemandangan ataupun gambar benda yg tidak bernyawa.
Gambar tokoh Islam dibenarkan kerana dilihat dari sudut ketokohan n kelebihan ilmunya n Islam mengharuskan gambar sebegini sebagai contoh.
Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga / haiwan yg diambil secara fatografi dibenarkan kerana boleh menjadi kenangan.
Bekas-bekas acuan kuih-muih yg berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yg akhirnya akan di makan, tidak disimpan n tidak kekal maka dibolehkan.
Begitu juga halnya dengan permaidani yg ada gambar binatang atau karton tidak diharamkan kerana diletakkan dilantai dan dipijak oleh kita.
Bagaimanapun, patung-patung permainan yg digunakan oleh anak-anak dibolehkan dalam Islam.
Ini kerana permainan sebegini bertujuan mendidik anak-anak.
Selagi permainan tersebut digunakan oleh anak-anak untuk dimainkan atau untuk pembelajaran dan didikan dibenarkan dalam Islam.



Islam mengingatkan, orang yg mengukir n memahat patung akan menerima azab yg dahsyat pada hari kiamat...
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya orang yg paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yg membuat ukiran / memahat patung ini"...
Dalam satu riwayat diterangkan: "Orang yg menandngi kuasa ciptaan Allah"... (Riwayat Bukhari & Muslim)

Wallahualam,...



Tuesday, February 18, 2014

Senarai semak pengantin perempuan dan lelaki


Senarai semak pengantin perempuan dan lelaki


Ambo yakin setiap bakal melansungkan majlis perkahwinan inginkan segalanya berjalan lancar dan tidak kelam kabut saat akhir.

Jadi ambo yakin senarai semak ini dapat membantu anda.

Insyallah,..


1.      Enam hingga duabelas bulan sebelum

ü  Perkara

ð       Pilih tarikh dan waktu bernikah

ð       Pilih lokasi dan waktu jamuan serta membuat tempahan

ð       Memesan lokasi dan waktu upacara persandingan berlangsung

ð       Menentukan gaya serta tema majlis persandingan

ð       Mengaturkan bajet

ð       Pilih penyelaras majlis perkahwinan yang terbaik bagi menata majlis anda

ð       Kumpul nama tetamu

ð       Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis

ð       Pilih juru andam

ð       Pilih katering

ð       Pilih juru foto dan juru video

ð       Pilih kedai bunga dan serta penghias lokasi majlis

ð       Pilih cincin pernikahan

ð       Pilih muzik

ð       Pilih kek pengantin

ð       Pilih kad jemputan


2.      Empat bulan sebelum

ü  Perkara

ð       Menyelesaikan semua urusan persandingan (membayar deposit, pergi memilih dan menyedang pakaian serta tinjau lokasi majlis)

ð       Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis, jurugambar, juru video, muzik)

ð       Menghubungi kadi/imam dan Pejabat Agama Islam

ð       Menghubungi saksi pernikahan

ð       Memesan buah tangan untuk tetamu

ð       Merencanakan bulan madu


3.      Dua bulan sebelum

ü  Perkara

ð       Tulis alamat pada kad undangan untuk tetamu

ð       Buat perancangan majlis bersama pengacara majlis agar ia berlangsung dalam suasana tenteram

ð       Mengaturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh

ð       Merencanakan bulan madu

ð       Mengaturkan sesi penggambaran di studio

ð       Membeli hadiah untuk mereka yang terlibat dan orang tua


4.      Sebulan sebelum

ü  Perkara

ð       Menentukan waktu untuk sesi latihan

ð       Mulai mengirim kad undangan bagi saudara jauh


5.      Dua dan tiga minggu sebelum

ü  Perkara

ð       Memberikan daftar foto kepada juru gambar

ð       Berikan tarikh sesi penggambaran pada juru gambar

ð       Memilih muzik

ð       Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul

ð       Mengirim undangan


6.      Seminggu sebelum

ü  Perkara

ð       Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti

ð       Hindarkan konflik. Tenangkan hati

ð       Dapatkan perkhidmatan di spa

ð       Istirehat yang mencukupi


7.      Hari perkahwinan

ü  Perkara

ð       Pastikan anda makan serta rehat yang cukup

ð       Mandi sebersihnya agar anda segar