Wednesday, January 29, 2014

Persedian Sebelum Kelahiran Cahaya Mata

Persediaan Sebelum Menyambut Kelahiran

List yg ambo cadangkan ini adalah atas pengalaman ambo sendiri. Memandangkan adik ambo EP bakal menyambut cahaya mata pertama maka hopefully lists ni dapat membantu EP membuat persediaan ok. N harap list ini juga dapat membantu bakal ibu dalam persediaan menyambut keluarga baru.

Abdul Azim Bin Mohd Zuhairi
(sehari)

Tiga beg perlu di prepare dalam kereta:

(Kandungan 7 bulan dah kena ready)


(1)
Beg Baby
  • Baju baby 3 pasang lengkap dgn mittens, booties. Hat 1 sudah cukup. (sebaiknya baju yg ada butang dihadapan, berlengan pendek n beseluar panjang. sebab senang nak pakaikan kt baby masa tu baby badannya lembik-lembik lagi.)
  •  Kain pembalut baby dalam 2 helai (utk mengelakkan baby sejuk)
  • Kain lampin 2 helai (untuk bedung)
  • 2 bantal peluk (dulu nasib baik bawa sebab baby lebih rasa selamat n tak meragam bila ditinggal sendirian tidur dalam katil baby tu)
  • Tuala baby
  • Lampin pakai buang minimum 20 keping (sehari baby baru lahir boleh unk unk lebih dari 10 kali tau n unk unk baby baru lahir gelap. jangan cemas sbb itu adalah perkara biasa kerana baby nak membersihkan ususnya n buang segala toksik yg baby dapat dari darah mamanya masa dalam perut)
  • Pelapik getah sekeping
  • Krim mengelakkan ruam (ambo pakai brand Sudocrem)
  • Minyak panas sapu kt perut, tapak kaki n betis baby (ambo pakai brand Minyak Kayu Putih)
  • Wet tissue (Pureen)(tapi kalau perasan kulit anak naik bintik2 merah selapas guna wet tissue, disarankan basuh unk unk anak pakai air saum je)
  • Utk baby masa lahir asingkan siap-siap baju sepasang, pampers satu, taula n kain balut baby untuk nurse tu mandikan baby sebelum serah kat mama n papa.

(2)
Beg Mama
  •  Kain batik 2 helai
  • Baju t-shirt besar atau baju yg bole buka depan dalam 2 helai
  •  Baju dalam utk breastfeed punya (senang yg ada click n boleh buka selak kebawah)
  • Seluar dalam yg pakai buang (senang basuh n buang terus lepas pakai, tak ada la seluar dalam berjemur tergantung kat dalam toilet hospital k, nt bapak mertua masuk toilet mengiling kepala 360')
  • Tudung yg sederhana bole cover paras dada.
  • Bengkung (dipakai masa nak keluar hospital, rasa perut lebih kemas n confident skit nak berjalan. tapi masa dalam wad tak payah pakai sebab doktor n nurse asyik selak nak check up k)
  • Stokin 2 pasang
  • Tuala, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi dll
  • Tuala maternity (ambo guna kotex overnight 32cm, ok tak bocor pun)
  • Termos 1 liter (boleh buat air o air panas stanby incase baby unk unk boleh buat air suam basuh)
  • Air milo kotak 6 kotak o milo 3 in 1. Kalau minum susu boleh jgk bawa sebuk susu dalam bekas kecil)
  • Air Minarel 1 litter stanby siap-siap dalam beg.
  • Biskut kering, takut lapar boleh la cicah-cicah dgn milo

(3)
Beg Papa
(??? papa pun?mesti..so golongan papa tak payah nak berulang dari hopital kerumah n ke hospital balik)
  •   Kain pelikat sehelai
  • Tuala, sabun mandi, berus gigi n ubat gigi
  • Bantal kecik 1
  • Air mineral n biskut (sebagai mengalas perut incase waktu malam dah susah nak cari kedai makan)


  Persediaan Baby


Pakaian (jumlah minimum mesti ada)
  • Baju baby new born 3 helai (sebaiknya lengan pendek n seluar panjang)
  • Baju 0-6month 4 helai (2helai lengan pendek n seluar pandek n 2helai lengan panjang n seluar panjang)
  • Mittens n booties minimum 5 pasang n sekurang-kurangnya ada 1 hat
  • Kain lampin min 10helai
  • Kain balut baby min 2helai

Mandian Baby
  • Besan mandi baby (sebaiknya cari yg besar berbaloi utk long term, baby 1 2 tahun pun boleh guna lagi mandi buat kuak lentang)
  • Sabun mandi (jangan beli yg bukan-bukan punya brand dulu, beli yg utk kulit sensitif mcm ambo guna brand Sebamed sbb Azim masa 2 hingga 3 minggu ada masalah kulit mengelembung dalam ada air gitu, kakak ipar syor pakai brand ni Alhamdullillah kulit Azim jadi baik n normal semula tak sampai seminggu guna)
  • Syampu (baby ambo tak banyak rambut so ambo tak guna syampu :-H)
  • Tuala min 2helai (if anak lelaki pancut tak kira masa so baik cari yg tebal n lebar skit k)

Baby Beradu
  •   Baby cot (masa baby kecik tak guna sangat sbb baby nak tidur sebelah ibu je, skit-skit nak nenen so agak cerewet la letak baby tidor jauh dari kita. dah baby berguling baru guna baby cot ni)
  • Buaian (ambo tak pakai pun, ambo latih baby ambo tidur atas tilam biasa je n Alhamdulillah sampai skrg Azim boleh tidur atas tilam je)(n satu perkara yg perlu diambil serius oleh ibubapa, buaian tidak bagus untuk otak baby, WHO kesihatan dunia tidak mengalakkan n America sebarang buaian baby diharamkan. So pikir-pikir la sendiri)
  • Set cadar bantal baby min 2set included bantal peluk 2 tau (bantal peluk diletak kat sebelah baby kiri dan kanan akan buat baby tidur feeling lebih selamat, ambo setiap 3hari rotate basuh)
  • Kelambu baby

Ampaian n Loundry Baby
  • 1 tempat ampaian satu batang melintang pun tak apa
  • Penyakut baju baby yg kecik tu min 20keping
  • Penyakut payung yg ada klip baju dihujung 1 kaki
  • Bakul baju kotor baby 1 (tak boleh campur baju baby dgn baju kita tau)
  • Sabun basuh baju baby (jangan bantai guna daia pulak basuh baju baby nt naik bintik merah satu badan baby, ambo pakai  ABD Pureen o Baby Organix)
  • Almari baby utk simpan pakaian n keperluan baby n big box utk simpan peralatan baby.

 Baby Travel
  • Car seat (sangat penting utk ibu driving seorang dgn baby)
  • Stroller baby (ambo paling banyak guna setiap kali keluar rumah utk shopping o riadah sebab baby lebih selesa tidor dalam stroller dari bahu kita, n jangan galakkan baby tertidur dibahu kita selalu sbb nt setiap kali nak tidur baby perlukan kita berulit dia utk tidur kat bahu kita)
  • Beg pakaian baby
  • Bakul bertangkal utk travel letak keperluan baby mcm air panas n sebagainya.

Baby Feeding
  • Botol susu min 2 botol (mama yg berkerja pastikan baby dilatih minum susu menggunakan botol sebulan selepas dilahirkan tau)
  • Pam susu penting utk ada bagi ibu bekerja (simpan stok susu ibu dari awal supaya nanti tidak kelam-kabut. n masa mama mengurut masa berpantang nt pun mama tak terganggu sbb papa boleh gunakan botol n isi susu ibu bagi kat baby)
  • Botol susu tanpa puting untuk simpan stok susu ibu (mix 4-5oz)
  • Beg kedap udara untuk simpan susu ibu apabila travel dgn ice pack.
  • Container bertingkat utk simpan tepung susu o serbuk makanan baby nanti.
  • Termos untuk simpan air panas n botol free bpa utk isi air kosong.

 Lain-Lain Keperluan Baby
  • Minyak panas, Viks Blossom, Cream First Aid, Nappy Rush Cream n Wet tissue. Bedak baby warna hijau Cooling function bagus utk hilangkan kemerahan kulit akibat kepanasan n peluh.
  • Penyedut hingus baby, pengacip kuku baby, and cotton buds slim.
  • Pelapik getah (perlu dibawa kemana shj sbb tempat awam utk menukar lampin baby tak terjamin kebersihan)
  • Permainan baby. (terlalu banyak utk diceritakan, oleh itu mama papa pastikan mainan yg dibeli selamat dan bagus utk perkembangan baby k)

Itu sahaja yg terlintas buat masa ini sbb preparation ni dah lama dibuat sebelum Azim lahir lagi n sekarang Azim dah 7 bulan dah. Brg lain-lain yg tidak ada dalam list mungkin adalah brg yg bukan keutamaan semasa ambo baru melahirkan baby masa tu. Kumpul la dari awal. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
^_____^

No comments:

Post a Comment