Thursday, February 27, 2014

Idea mencari perniagaan pendapatan sampingan

Idea Mencari Pendapatan Sampingan

 

Selalu kering,.. T_T
Boros melampau ambo ni,..
 Korang ada idea tak, nak hilangkan perangai boros ambo ni?

Ambo perlukan pertolongan,..
Ambo perlukan pendapat n nasihat yg akan menusuk ambo,..
Nasihat yg sampai ambo nak guna duit pun jadi fobia,..
-..-
Betul ni,..
Nak berjimat sikit-sikit, tapi lama-lama gatal tangan ambil duit tu balik,..
T_T

Menabung belum cukup membantu ambo untuk lama-lama jadi bukit.
Ambo perlu ada alternatif tambah pendapatan ambo biar seimbang dengan perbelanjaan ambo.
Sekaligus boleh mencipta benih-benih simpanan. CHEEEWAHH,..
MAKA,..
Datang idea gila-gila dari kepala ambo
Cara Mencari Pendapatan Sampingan,..
(Tanpa bekerja keras)
-___________________-

(nak fulus tapi tak perlu bekerja keras,.. ada ka,..???)

Syarat-syarat idea kerja sampingan mengikut kemampuan ambo:

a) Ambo kerja isnin - jumaat. So kerja sampingan tak boleh kacau masa bekerja.
 b) Modal tak boleh melebihi RM500
c) Tak perlu berpisah dgn baby Azim pada weekend, n aktiviti boleh dilakukan bersama.
d) Bersesuaian n berkemampuan dengan status ambo bini orang n branak satu. ^_^
e) Tak mengambil sampai 48jam masa weekend ambo (mesti ada time ambo rehat-rehat ngn family)
 f) Logik n rasanya ada permintaan... Erm Erm,..
g) Bukan pelaburan semata-mata, labur 100 dapat 1000000,.. (ambo kurang yakin duit yg datang bergolek sendiri,.)


1
Alang-alang nak pergi kerja lalu hadapan sekolah anak jiran, tak salah kalau offer utk tumpangkan n dapat upah yg lebih rendah dari yg perlu anak jiran bayar pakai bas. 
Bas sekolah dah naik ma,..
Kalau anak ambo dah besar nanti ambo nak tumpangkan kawan-kawan anak ambo ke sekolah. 
Minta upah.
Lepas duit minyak ke tempat kerja 2 3 hari ok apa,.. 
Ermm,.. Nanti nak tanya,..

2
Area kawasan rumah dekat dengan tempat rekrasi.
Beli bekas tahan sejuk.
Pakai baju yg comel skit.
Jual aiskrim malaysia pagi 9-11 pagi o petang masa orang beriadah.
Penat berjoging syok jugak mamam batang aiskrim malaysia nih.
Um untung-untung,...
Dalam masa yg sama boleh bawa Azim jalan-jalan kt sana sekali.

3
Tanam sayur-sayuran hidroponik.
Hidroponik tak perlu siram hari-hari.
Tabur benih, tunggu sayur membesar je. ^_^
(nampak sgt ambo orang malas,..adoi,.. -..-)
Jimat tak payah beli sayur.
Sayur lebih-lebih jual kat jiran.
Dapat 5 6 ringgit sekali harvest ok apa kan,..
Kadang-kadang nak masak lomak cili api tak ada, beli kat ambo kejiranan ni sudah.
Buat apa start enjin bakar petrol semata-mata nak beli cili padi sehinggit,..

4
Jual nasi lemak o mee goreng kat office.
Malas nak masak beli kat warong jela.
Up 20 30 sen sebungkus.
Untung jugak.
Lepas duit makan tengah hari.

5
Jual kerepek, gula-gula, jeruk o kacang sebungkus RM1, bungkus banyak.
Letak dalam balang kat office.
Bosan-bosan geng-geng office nak mengunyah.
Ok jugak,..

6
Pelihara ayam kampung sepasang.
Ayam bertelur dah kurang belanja utk beli telur.
Telur ayam kampung lebih-lebih kasi jual kat jiran tetangga.
Sebijik 50 sen telur panas-panas lagi.
hehhehehee,.. :-P

7
Jual newspaper n botol-botol plastik belambak-lambak kat dapur.
Dapat la 3 4 hinggit,..
Uih 3 4 hinggit dah dapat beli pisang goreng dah!!
Uih sedap weh,..
Esh baru cakap pasal simpan duit jangan boros..
-_____-

8
Jual ayam goreng!!!
Seekor ayam RM10-13, potong lapan.
Seketul jual RM2.50.
Dapat RM20!! Ok Ok!!
Kat luar ayam seketul pun dah RM3.50.
Dapat bersaing nih,..

9
Buat kelas pra education utk budak-budak umur 1 hingga 4 tahun pada hujung minggu.
Ambo suka main dengan budak-budak ni,..
Azim umur 6 bulan dah boleh sebut mama, papa, mak (pengasuh)
Baik korang percaya, ramai saksi baby ambo sebut mama papa.
7bulan dah pandai pegang pen magnetic (cara pegang macam nak tikam orang) n conteng kat papan magnetic. Heeee,..
Jom hantar anak kat rumah ambo hujung minggu ambo ajar pra education level.
Kat rumah ambo tu belambak-lambak barang n permainan utk education anak-anak kecil nih,..
(boros la katakan,.. -_______________-)

10
 Join jadi ahli produk-produk direct selling macam Tupperware, Minyak Qnet, Jus Qaseh, bla bla bla,..
Nak cari orang beli agak susah tapi orang lain boleh buat, ambo mesti bole jugak kot,..
 Belajar perlahan-lahan,....

11
Jual paket 3in1 kat office.
Sebatang seringgit.
Ok dari diorang beli air kat luar sebungkus air milo o nescafe dah RM2 dah.

12
Buka gerai depan rumah jual coconut shake.
Um sedapnye!!!!
(ambo je kot yg tak sudah-sudah hirup)
^____________^

13
Jual topup telepon.
Erm cam ok je,..

14
Jual barang dalam internet.
Media sosial seperti facebook, tweeter, instagram, bla bla bla,...
-__________-
Barang ape ye nak jual??,....
Eh bila survey banyak la pulak,...

15
Jual burger hujung minggu.
Penghantaran ke rumah-rumah.
Tak pernah dibuat orang tu.
Yela hujung minggu malam-malam orang nak santai-santai kat rumah.
Order melalui phone je,..
Burger sampai.
Ok tak ok tak?

16
Ada printer. Erm servis printing pun boleh jugak nih.
Sekeping black n white 10sen n color 20sen.
Print gambar pun boleh jgk ni sekeping A4 glossy paper RM10 jer.
Flayers, brouchers, sticker,.. Eh banyak la pulak,..
Erm boleh jugak print card utk sebarang event.
Design card ambo expert,.. Chewah,.. -..-
Card kawin pun print sendiri,..
(bocor rahsia... 'x')

17
Business basuh toto, cadar, selimut tebal n langsir.
Ada mesin basuh boleh basuh.
Ambil kat rumah customer n hantar kat rumah custumer balik.
FUH!!!
Hebat jugak nih,....

18
Suh hubby belajar tukar minyak hitam dan oil filter.
Boleh servis tukar minyak hitam sendiri. Jimat,...
Nk amik upah tukar minyak hitam kat rumah-rumah orang pun boleh.
Boleh jual minyak hitam, oil filter n oil metal treatment kat orang skali kn,..
(kahkahkah nak recruit hubby pulak dah,.. -_______-)

19
Beli pemotong rumput.
Amik upah hujung minggu potong rumput kat rumah orang.
Erm macam ok tapi kena keluar modal besar la sikit nih,..

20
Ada kamera yg berkualiti n software editing foto.
Hah, buat offer sesi fotografi outdoor untuk keluarga, couple, kanak-kanak n bff (bestfren4ever)
4jam tak payah charge mahal-mahal kan,..
Set date, vanue n kol berapa, kita jumpa n klip, klip, klip,..

21
Ada kemahiran buat RESUME.
Amik upah buat resume.
Boleh offer sesiapa nak buat resume hantar melalui email information diri n ambo hantar resume siap.
Boleh jugak nih,..

22
Culik kucing sepasang dari rumah ma abah bawa ke K.L.
Biakkan n jual!!!
(kucing pun jadi mangsa ambo nak cari duit sampingan)
-________________-

23
Bab mengubah bunga ni ambo pun pakar.
Bagi baget RM50-300, macam-macam ambo boleh gubah.
Termasuk pasunya sekali. haaa,...
Ada ke orang nak ambo gubah?
(cit cit cit burung terbang melintas,... -______-)

24
 Hah!! Mengubah hantaran!!!
Hantaran ambo ko hubby, ambo gubah
Hantaran hubby ko ambo, ambo jugak gubah :-P
Hantaran adik beradik, sepupu sepapap, ambo guboh
So bagi je budget berapa, ambo boleh ubah mengikut tema n menarik tertarik gitu,...
So siapa nak gubah hantaran bagi kt ambo gubah?
(yooosss kapal terbang pulak melintas,..... T_T)

25
Servis bersih dalam rumah.
Pembersihan selama 2jam sehari sekali je.
Lap perabut, lap tingkap, lampu, kipas, sapu, mop lantai, vacuum carpet n bersih susun perhiasan rumah n buku.
Basuh tandas n dapur sekali.
Upah 80hinggit,.. Berbaloi x?

26
Jual readymake sebarang lauk pauk.
Contohnya,. Ayam masak lemak cili padi, semua bahan-bahan disiapkan n ayam-ayam dipotong siap-siap.
Bungkus cantik-cantik n letak kat kedai-kedai runcit yg ada belambak peti ais tapi kosong je,...
So customer perlu masukkan semua dalam periuk je.
Erm ok jugak nih,.. ^_^
Silap-silap ambo yg lepas balik kerja beli sendiri produk sendiri sebab tak sempat nak prepare barang makan malam kat rumah,.. Hehehe,..
 
27
Sepupu suami buat katering,..
Boleh promote servis katering dia n ambil komisen.
Boleh x???

28
Jual sagun.
Huh zaman ambo kecik-kecik dulu pantang nampak sagun.
Sedap loh sagun.
Korang tau tak apa tu sagun?
Ala tepung ngn kelapa digoreng sampai perang n tambah gula.
Balut dalam kertas. Fuh!!
 
29
Jual keropok lekor belum digoreng.
Sekali dengan sos keropok lekor. Sedappp,... Betul tak tipu,..
Ambo lahir je kat Kelantan.
Tapi ambo membesar kat Terengganu, malu la tak tau buat keropok lekor -..-
 
 30
Ntah dah tak keluar idea dari kepala hotak ambo,..
 
 
Entah yg mana akan ambo pilih ntah,..
Baik cuba satu-satu yg mn available dgn kelapangan ambo yg limit ni.
 Sikit-sikit lama-lama jadi bukit,..
 
Bye,...
 

 



No comments:

Post a Comment