Wednesday, February 19, 2014

Perhiasan Rumah Yang Kita Tak Perasan, Walhal Haram Mengikut Islam


Perhiasan Rumah Yang Kita Tak Perasan, Walhal Haram Mengikut Islam

 

Dalam keasyikkan dan keterujaan memasuki rumah baru, ramai yang terlepas pandang tentang dekorasi perhiasan dalam rumah bukan semua adalah dibenarkan dalam Islam.
Bagi ambo rumah yg mempunyai kelengkapan perabut dan peralatan yg perlu dan digunakan sahaja adalah lebih memadai dan kurangkan perhiasan yg membahayakan juga menjadi keutamaan kerana ambo mempunyai anak kecil.
Ruang memainkan peranan yg penting untuk membesarkan anak dimana anak bebas utk bergerak dgn lebih bebas.

Dalam hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban,
Rasulullah s.a.w bersabda: "Empat unsur yg membawa kebahagiaan iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yg menyenangkan hati"....

Rumah yg sarat mengakibatkan hati kita (terutama ambo) tidak tenang dan berserabut. Oleh itu kita seharusnya menghias rumah tidak terlalu sarat dengan perabut agar ruang cukup luas dan menenangkan kita.

Manakala dalam surah an-Nahl (80),
Allah s.w.t berfirman : "Allah menjadikan utk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yg menyenangkan".......

Dalam menghias rumah, tidak harus wujud unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung perhiasan, gambar yg berunsur kemaksiatan ataupun gambar orang kafir selalunya gambar artis-artis digantung,..
Perabut seperti lampu dan kerusi, pintu mahupun dinding berukir dan dilukis seperti manusia ataupun binatang juga tidak dibenarkan. Selain itu perhiasan yg terangan mempunyai simbol orang kafir contohnya seperti salib adalah dilarang sama sekali.
 
Ini kerana, dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya barang-barang yg boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.
Kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yg mengandungi patung...

 Dalam hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim,
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yg di dalamnya  ada patung"....

CACATKAN ANGGOTA PATUNG

Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung didalam rumah maka hendaklah dipatahkan kepala patung tersebut atau dicacatkan agar patung itu tidak diagungkan.

Ini berdasarkan sebuah hadis menceritakan keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung..
Hari berikutnya pun Jibrail tidak masuk sehingga dia menyatakan kepada Nabi Muhammad
"Perintahkan supaya memotong kepala patung itu".. Maka dipotong ia sehingga keadaannya seperti sepohon pokok...(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas n perak kerana  bila adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan meninbulkan perasaan / sifat sombong, riak n ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yg ada padanya.
Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudkan perbezaan / jurang yg berlebihan antara golongan kaya n miskin.

Menyentuh isu perhiasan yg dibolehkan dalam Islam adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, gambar pemandangan ataupun gambar benda yg tidak bernyawa.
Gambar tokoh Islam dibenarkan kerana dilihat dari sudut ketokohan n kelebihan ilmunya n Islam mengharuskan gambar sebegini sebagai contoh.
Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga / haiwan yg diambil secara fatografi dibenarkan kerana boleh menjadi kenangan.
Bekas-bekas acuan kuih-muih yg berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yg akhirnya akan di makan, tidak disimpan n tidak kekal maka dibolehkan.
Begitu juga halnya dengan permaidani yg ada gambar binatang atau karton tidak diharamkan kerana diletakkan dilantai dan dipijak oleh kita.
Bagaimanapun, patung-patung permainan yg digunakan oleh anak-anak dibolehkan dalam Islam.
Ini kerana permainan sebegini bertujuan mendidik anak-anak.
Selagi permainan tersebut digunakan oleh anak-anak untuk dimainkan atau untuk pembelajaran dan didikan dibenarkan dalam Islam.



Islam mengingatkan, orang yg mengukir n memahat patung akan menerima azab yg dahsyat pada hari kiamat...
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya orang yg paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yg membuat ukiran / memahat patung ini"...
Dalam satu riwayat diterangkan: "Orang yg menandngi kuasa ciptaan Allah"... (Riwayat Bukhari & Muslim)

Wallahualam,...



No comments:

Post a Comment