Monday, February 10, 2014

Senarai Barangan Bayi Yang Berbahaya

Senarai Barangan Bayi Yang Berbahaya


Ambo perhatikan para mama papa yg bakal menimang cahaya mata mesti teruja nak melengkapkan kelengkapan baby yg bakal dilahirkan.
Yela kehadiran keluarga baru mesti diraikan dengan penuh kesempurnaan.
Namun para mama n papa pastikan apa yg dibeli adalah selamat utk baby anda.
Sanggupkah pembaca yg baik hati merisikokan anak sendiri dan lebih menyedihkan apabila sesuatu berlaku keadaan sudah terlambat utk diperbaiki. T_T

Lists dibawah adalah barangan bayi yg boleh membahayakan dan boleh dijadikan panduan sewaktu pemilihan barangan bayi;



Bahaya Baby Carrier

Baby carrier menjadi pilihan termasuk ambo kerana lebih mudah bergerak bersama dengan baby ketempat yg sesak dan ambo perlu bergerak cepat contohnya shopping.
(ambo kalau shopping mcm lipas kudung, srupp dah penuh barang dalam troli).

Ramai yg tidak tahu sekiranya kita tersalah memilih baby carrier, baby anda terdedah utk mendapat hipdysplasia. 
Kesannya anak anda membesar akan sakit tulang pinggul apabila bergerak. 
Terbatas utk berlari dan melompat patah lagi utk melakukan sebarang aktiviti seperti bersukan mahupun melakukan kerja rumah.

Apa itu hipdysplasia?

Displasia pangkal paha atau Hip displasia adalah perkembangan tidak normal dari persendian pangkal paha dengan paha mengakibatkan terlepasnya tulang paha dari asetabulum tulang panggul (pelvis). Persendian koksofemoralis iaitu persendian pangkal paha dengan paha merupakan persendian yang dibentuk oleh tulang femur (paha) dengan tulang pelvis (panggul).


Kesan baby carrier yg tidak support tulang paha : Kesan baby carier yg support tulang paha           

Jangan beli baby carier seperti ini : Beli baby carrier seperti ini ye        



Bahaya Baby Walker

Ambo ada jugak baby walker ni. Hadiah dari sepupu hubby ambo. 
Dirumah mmg ambo jarang pakai.
 Tapi dirumah pengasuh ambo bagi je walker ni sebab permintaan pengasuh baby ambo. 
Baby ambo kencang orangnya, mengesot askar-askar sebentar di dalam bilik, sekejap dibawah meja makan, sekejap belakang kerusi (@____@). 
Jadi kesian kt pengasuh ambo benarkan penggunaannya dgn syarat jangan terlalu lama.

Azim 1st time dalam baby walker

Lebih 14,000 orang kanak-kanak cedera kerana menggunakan Baby Walker setiap tahun. Ada yg meninggal dunia kerana kecederaan di kepala akibat terjatuh dari tangga.
Menurut American Academy of Paediatrician (APP), kebanyakkan kecederaan yg disebabkan oleh Baby Walker bukan dari alat itu sendiri. 
Biasanya terjadi apabila kanak-kanak yg menggunakanya terlanggar kaki meja yg terhidang air panas, atau kanak-kanak itu dgn mudah mendekati soket elektrik, atau mencapai bahan yg beracun dan masukkan kedalam mulut.
Baby yg menggunakan walker ini menunjukan perkembangan 10 bulan lebih lambat selepas tahu berjalan.
Salah faham ibu bapa berkenaan walker harus dibetulkan.
Ia bukan mempercepatkan perkembangan baby sebaliknya terdedah kepada bahaya dan mencederakan baby.



Baby Bag Slings


Mcm cantik je, mcm comel je, tapi para pembaca yg bijaksana, ADAKAH SELAMAT?

Baby sesak nafas. Hujung kantung tirus n ketat dihujung, sekiranya baby memusingkan kepala ke badan ibu n kantung mengetat dengan berat baby, maka baby akan lemas. 
Sekiranya ibu tidak perasan? (0o0) (tidak!!!)

Kantung terlampau dalam mengakibatkan baby kedalam n kedua bibir kantung terlekat. 
Kedudukan ini akan menghalang ibu bapa melihat keadaan baby. Pengudaraan tersekat dan baby akan lemas. 
Sekiranya baby berpusing di dalam kantung, bayangkan apa yg akan terjadi,...
(seram ambo nak bayangkan,...)

Dagu baby menghempit dada n menyukarkan baby utk bernafas n kedudukkan seperti ini akan mengakibatkan tulang belakang baby membengkok.

Kedudukan baby yg betul utk menggunakan baby slings ialah seperti dibawah.




 Car Seat Boleh Jadi Merbahaya


Azim 4bulan 1st time mama bawa pergi office

Car seat bagi ambo sangat la penting. 
Sebab bila nak bergerak bersama baby tanpa papa Azim, car seat akan jadi penyelamat ambo.
Tapi tanpa belajar cara yg betul utk menggunakan car seat maka keselamatan anak dipertaruhkan.
Sudah banyak kes baby car seat tercampak keluar. Jangan ambil mudah tau,... 
1st-pastikan tempat yg dipilih utk meletak car seat tidak ditempat yg ada air bag.
2nd-pasang belt pada car seat.
3rd-pastikan baby dipasang car seat belt.
4th-letak ditempat yg boleh dilihat baby tersebut, sebelah ataupun melalui cermin.
5th-sekat car seat tengah-tengah antara seat depan n seat belakang n if letak depan kepitkan antara seat depan n dashboard.
6th-sekiranya dihadapan tak ada air bag, anak boleh diletakkan dihadapan so kita boleh communicate ngn baby n sumbat susu kalau baby meragam.
7th-sekiranya baby meragam teruk sampai tak dapat concentrate driving sila berhenti n tenangkan baby dulu ye
(jangan berenti tetengah jalan pulak tetiba,.. nanti ada pulak yg cium bontot ye -_____-)



Pemilihan Permainan

Ini yg ambo lemah sebab duit gaji ambo banyak habis dekat sini, permainan utk Azim.... 
Dipasaran terdapat pelbagai permainan yg menarik utk anak-anak belajar n bermain.
Tapi perlu di titikberatkan aspek keselamatan. Permainan yg merbahaya utk kanak-kanak adalah yg bertoksik, tajam, berbulu, mudah tertanggal komponen o cat, mudah patah dan bersaiz kecil. Elakkan mainan yg bertali, mudah cair dan yg ada lubang yg sempit juga. Semua perkara ini akan memudaratkan, mencederakan dan tidak menyihatkan. Jangan sesekali membiarkan anak bermain seorang diri tanpa pengawasan.


 Cantikkan mainan baby berwarna-warni (*u*)(adus,..)



Botol Susu dan Bekas Makanan Baby Beracun
 Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA) yang direndam dalam air panas melebihi 10 minit akan mempercepatkan proses pindahan BPA kepada susu yang boleh memberi kesan terhadap sistem saraf bayi.
“Kajian penyelidik bebas mendedahkan BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi”
SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Mengikut Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.


Oleh yg demikian ambo sarankan titikberatkan jenis plastik yg botol susu dan bekas makanan baby anda. Jangan kerana sikap sambil lewa kita anak menanggung pada kemudian hari.



Headband Baby

 (Bila la ambo nak ada rezki dapat gurlgurl..Comeynye,...)

 Pada 12 Oktober, 2012 satu artikel telah dikeluarkan dalam akhbar harian, membincangkan aksesori kepala bayi yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan bayi. Menurut perunding pediatrik dan neonatalogi dalam artikel tersebut, tulang kepala bayi masih lembut terutama pada usia selepas lahir sehingga 18 bulan menyebabkan ia mudah tercedera. Antara perkara yang dibimbangi adalah keadaannya yang ketat, fabrik yang boleh menyebabkan elergi dan headband yang boleh jatuh ke leher dan tersangkut pada sesuatu.

Selain headband, topi, serkup kepala, n topiah utk baby pun kita kena berhati-hati memilih dari segi saiznya, fabriknya n hiasannya agar tidak membahayakan anak kita.


Beli barang baby bukan harga yg menjadi issue tapi yg penting adalah selamat atau tidak.
Harap info ini berguna buat pembaca yg budiman.
Itu sahaja perkongsian ambo buat masa ini.
Sikit-sikit dulu, insyallah lama-lama kita dapat berkongsi lebih banyak-banyak-BANYAK k,..



No comments:

Post a Comment