Tuesday, January 28, 2014

Macam Mana Nak Bermula Dari Sedikit

Macam Mana Nak Bermula Dari Sedikit

Salam.
Tang ni selalunya orang terkapai-kapai,...
Macam mana nak bermula dari sedikit menjadi banyak-banyak-BANYAK,..
Tang banyak terbayang-bayang tapi dari sedikit tu macam terawang-awang,...
Macam ambo sendiri pong,...
Sedang mencari jalan bermula dari sedikit, walaupun perasaan sudah terlambat tapi baik dari tak sempat atau tak buat langsung.........
Mesti pembaca yang budiman tertanya-tanya apa yang ambo nak bermula ni kan?

OK
.....
.....
.....
OK!!
.....
.....
-_____________-

(see nak bermula memang terkapai-kapai)
(ting ting ting)

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit tak semestinya bermaksud menabung sampai banyak-banyak-BANYAK.
Perspektif yg sangat meluas untuk peribahasa tersebut dimana sesuatu perkara jika permulaan dengan kesabaran dari sedikit lama kelamaan membuahkan hasil yg banyak.
Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.........

Contoh untuk kita:

Pasangan warga emas yg menabung RM25 je setiap bulan sejak 1970han untuk menunaikan haji akhirnya tercapai hajat pada tahun lepas 2013.
(tersentuh hati ambo,.. sejak ni la ambo baru start nak menabung T_T)
Sekarang tekad nak usaha menabung walaupun sepuluh sen sehari minimum 
( O___OW siap angkat tangan berikrar begitu, punyalah bersemangat nak menabung)

Berbuat kebaikan walaupun tak seberapa mana, namun jika dikumpulkan cebisan kebaikan tersebut akhirnya mencerminkan besarnya jiwa insan tersebut dimata kita dan disisi Pencipta kita.
(terlalu sedikit yg dapat ambo simpulkan kebaikan ambo tapi selalu tanam semangat nak lebih lagi dalam bab ini) 


Menabur kasih-sayang dan keikhlasan didalam rumahtangga, setiap hari rutin yg sama terpaksa ditempuh dgn sabar, tanpa sedar melentur kesetiaan sehingga akhir hayat.
(Cabaran terbesar untuk melangkah ke Jannah dgn sikap ambo yg agak xxx, tapi ambo akan dan nak perbaiki  ;-D)

Membentuk anak dari rebung, sejak anak kecil kita cuba mewarnai kanvas putih suci anak sehingga kanvas tersebut terbentang indah dari segi tingkah laku, pendirian n pemikiran yang matang apabila dewasa.
(Ya Allah, Engkau bimbing ambo semoga menjadi mama yg mampu membentuk Azim dgn baik Ya Allah,.. Amin,..)

 Gambar hiasan semata

Carilah ilmu sehingga ke akhir hayat. Belajar sebanyak yg boleh selagi mampu dan pelbagaikanlah ilmu dan kemahiran yang ada.
Tidak rugi menuntut ilmu bagi menyempurnakan kehidupan sehari-hari.
Tak semestinya memiliki PHD anda sudah anggap ilmu penuh didada tapi bila nak masak telor goreng pun tak pandai, singki tersumbat pun tak pandai baiki, nak pam angin tayar kereta pun tak tau,.. bla,..bla,...bla,... apa pun tak pandai....
(seriously memang dah pernah jumpa this kind of person)  -__________-

Mengekalkan silaturahim dengan keluarga dan sahabat.
Mewujudkan silaturahim dengan kenalan yang baru. Tentu tak menjangka kita berada di satu komuniti yg besar. Insyallah kita tidak kesunyian.
Sekiranya kita disakiti berdoalah agar kita tak menyakiti orang lain *tetiba*


Makcik kat kampung ambo jual keropok lekor dari buka gerai tepi jalan, tapi sekarang dah jadi kilang keropok lekor tepi jalan. -_________- .
Rebut setiap peluang yang ada.
Mencuba lebih baik dari terus mengatakan tidak. Sekiranya gagal, tetap berada setahap yang lebih dari tidak mencuba langsung. Jadilah manusia yg paling banyak mencuba.
Tapi kalau dah mencuba n gagal n cuba lagi cara yg sama n gagal n cuba lagi APAKEJADAH,... -..-

Kerja rumah yg menimbun pun sesuatu yg merunsingkan.
Tapi kalau sikit-sikit kita settle kan Insyallah boleh habis.
Contohnya assignment, hari ini buat sikit, esok buat sikit trat ta tat dah siap sebelum due date.
Jgn last minute nak settle semua, mula la stay up tengah malam n esok hantar assignment dah mengalahkan hantu kak limah muka pucat tak cukup tidor... -__________-
(cakap kat orang, ambo pun katagori last minute n ni pun nak di ubah)

Ok la itu saja buat masa ni terlintas dalam kepala ambo dari sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Wassalam

No comments:

Post a Comment