Tuesday, January 28, 2014

Memupuk Sikap Menabung

Teknik Menabung

Eherm,.. Ambo sebenarnya baru nak start menabung,.. Ambo adalah seorang yg boros T_T,...
Sejak ada anak ni kehendak mengatasi segalanya,..
Baju baby!!, Toy Baby!!!, UuuuHHH COMELnyeee!!!!
Sekarang betul-betul nak menabung sungguh-sungguh!!
(*---*)
(mata bersinar-sinar seperti syiling bersinar-sinar dibawah)

 Gambar Hiasan

Kepada pembaca yang berhemah sila la start menabung walau selambat mana pun anda bermula,...
Kerana penyesalannya dikemudian hari.
Sekiranya sekarang juga kita tak start menyimpan walaupun mininum 10sen sehari kita betul-betul rugi,.. (betul ni)

Ini adalah hasil pencarian ambo dalam internet termasuk para blogger yg berkongsi teknik masing-masing menabung. 
Ambo pun masukan juga idea yg ambo rasa bernas utk dikongsi. Bergabung meletup!! (mcm KRU punya lagu Terhangat Di Pasaran)
(terima kasih membantu berkongsi tips dan inspiration ambo utk menabung)

(1)
Asingkan yg nak disimpan dahulu, baru buat pembayaran bil-bil dan perbelanjaan.
Sila jimatkan air, elektrik, n telefon.
Pembayaran dibuat melalui online lebih menjimatkan alang-alang sudah ada internet kat rumah kan.
(2)
Simpan duit syiling banyak-banyak-BANYAK.
Jadikan habit setiap kali balik rumah simpan duit syiling berbaki dalam wallet kedalam tabung.
(3)
Simpan wang kerja lebih masa, wang komisen n wang jualan sampingan.
Jangan dibelanjakan sekiranya tiada kecemasan.
(4)
Elakkan makan diluar, menonton wayang, n sebarang perbelanjaan utk hiburan.
Sekiranya tekak dah loya makan dirumah, nak makan diluar tukar selera, sila pilih tempat makan yg sepadan dgn pendapatan.
(5)
Bawa bekal ke pejabat/tempat belajar walau nasi putih shj sekalipun.
Nasi putih kat luar pun sudah di charge RM1~RM2.
N sila bekal air dalam botol sekali n sehari anda sudah dapat jimat kos air RM1~RM5.
(6)
Selepas ansuran seperti kereta, rumah n pinjaman tertentu sudah habis dibayar, asingkan duit tersebut sebagai simpanan.
Setiap bulan sebelum ni pun kita sudah boleh survive tanpa amount tersebut so tak salah duit tersebut kita simpan.
(7)
Buka buku account untuk perbelanjaan setiap bulan.
Asingkan account perbelanjaan keperluan dan kehendak.
N rangka perbelanjaan utk bulan seterusnya agar lebih berhemah dari bulan sebelumnya.
Rancang perbelanjaan dapur lebih teliti agar tiada sayur yg layu dalam peti ais tu nanti.
(8)
Pastikan barang keperluan n barang kehendak.
Bila berjaya menolak nafsu utk membeli barang kehendak, balik rumah n simpan nilai barang tersebut dalam 'tabung wang terselamat'.
Confirm kita boleh terkejut badak melihat hasilnya nanti.
(9)
Bayar hutang kad kredit tepat pada masanya dan pembayaran ini harus diutamakan dahulu sebab bunganya akan melambung sekiranya kelewatan bayaran.
(10)
Kurangkan kekerapan belanja kawan-kawan. Berpada-pada beb.
(11)
Asingkan tabung/account mengikut keperluan contohnya tabung simpanan utk rumah, tabung simpanan utk pergi haji n so on.
(12)
Ajar anak sendiri dari menghantar ke pusat tuisyen sekiranya ada kelapangan.
Bonusnya dapat spent time lebih dengan anak-anak.
(13)
Jual barang yg boleh di recycle macam newspaper, botol plastik n botol kaca.
 Sekurang-kurangnya perbelanjaan kita dapat pulangan semula n SIMPAN tau duit tu.
(14)
Kongsi kereta dengan kawan-kawan ke tempat kerja/tempat belajar.
Jimatkan kos petrol. If nak beriadah cari tempat yg dekat dgn kawasan rumah.
Cuci kereta sendiri pun dalam kategori beriadah k.
N boleh jimat duit cuci kereta sekali.
(15)
Tetapkan matlamat menabung.
Tak semestinya matlamat menabung kita untuk menjadi kaya, o mencapai apa yang dihajati tapi juga menjadi role model pada anak-anak kita supaya menabung untuk masa depan.

Itu sahaja buat masa ini dari ambo,.. Harap tips tersebut dapat membantu kita menabung,..
(terutama AMBO!!! -..-)


No comments:

Post a Comment