Mama Jom Kembali Ramping
Kerisauan biasa mama-mama selepas bersalin adalah untuk mendapatkan kembali
badan langsing. Kadang kala hati ni cemburu melihat ada kawan-kawan yang
masuk kerja selepas bersalin dengan bentuk badan asal seolah-olah tidak
mengandung pun sebelum ini. Ambo pun nak tahu apa rahsianya?
Mungkin ada sesetengah wanita dikurniakan kelebihan mudah menurunkan
berat badan yang bertambah sepanjang kehamilan. Tetapi ada pula wanita
yang sudah setahun melahirkan anak masih lagi kekal dengan bentuk badan
seperti zaman mengandung.
(mcm ambo perut n pinggang susah betul nak langsing mcm dulu T_T)
Bukannya malang! Tetapi mungkin kadar metabolisme wanita tersebut yang
agak rendah menyebabkan kesukaran untuk kembali langsing. Mungkin juga
faktor tidak mengambil berat tentang kaedah terbaik mendapatkan kembali
badan sebelum hamil.
Tip berikut boleh dijadikan panduan bagi yang prihatin terhadap bentuk badan selepas bersalin.
- Ambil herba tradisional
Tapi ambo selepas melahirkan menyusukan Azim secara eksklusif jadi sekarang baru nak start perlahan-lahan makan jamu. Umum mengetahui kehebatan khasiat herba tradisional yang membantu
menstruktur kembali organ dalaman yang terjejas dalam proses melahirkan
anak. Perawatan secara semulajadi ini mengambil masa tetapi meninggalkan
kesan berpanjangan. Antara herba terkenal khusus untuk ibu lepas
bersalin seperti daun sireh, manjakani, temulawak dan pelbagai lagi.
- Menyusukan bayi secara eksklusif
Mudah dan percuma. Satu lagi kaedah mudah membakar kalori dengan pantas
dan menurunkan jumlah berat badan dengan banyak sepanjang tempoh
berpantang. Terbukti selepas habis berpantang berat ambo menurun ke 45kg dari 50kg selepas melahirkan baby. N sekarang maintain lagi sbb pam kat office hari-hari. Tapi bagi ambo bukan berat yg menjadi keutamaan, tapi bentuk badan yg penting. Siapa setuju? kan kan kan,...
- Bengkung
Amalan memakai bengkung memang sudah terbukti. Buat perbezaan di antara mama selepas bersalin yang mengamalkan pemakaian bengkung dan yang tidak
langsung berbengkung. Pasti pembaca yg budiman dapat melihat bagaimana rampingnya
ukuran pinggang dan kempisnya perut mereka. Jadi jangan malas
berbengkung sepanjang berpantang!
(perbezaan antara ambo n kawan-kawan yg lain, T_T)
- Makan berkhasiat
Jangan degil untuk berpantang makan. Bukan bermaksud mama hanya makan
ikan kering sepanjang tempoh berpantang tetapi amalkan pemakanan sihat
dan berkhasiat yang mampu memberi tenaga tetapi tidak menggemukkan. N semestinya ikan kering no no no!! Tak bagus utk sepanjang proses penyembuhan rahim tau. Banyakkan makan bubur nasi, ulam-ulaman, ikan yg beromega tinggi seperti salmon n tenggiri n halia bagus utk buang angin dan lada hitam utk memanaskan badan. Susu n air kosong mama jangan lupa minum lebih ye. Utk perbanyakkan susu ibu.
- Kembali bersenam
Rajinkan diri melakukan senaman ringan. Ada beberapa jenis gerakan
senaman yang boleh dilakukan bagi membantu proses membakar lemak yang
berkumpul. Selepas habis tempoh berpantang, anda boleh buat senaman
berjalan di taman reakreasi sambil menolak stroller bayi. Selain dapat
menghirup udara segar, ia dapat mengeluarkan peluh dari badan.
Jangan putus asa berikhtiar menurunkan berat badan. Amalkan sikit-sikit, lama-lama tak sedar pun kita dah cantik menarik. Selamat merampingkan badan!! :-D
No comments:
Post a Comment