Friday, February 7, 2014

Rahsia Bahasa Bayi



Rahsia Bahasa Bayi

  Happy pulak rasanya. Tapi bila jumpa dah terlambat.
Tips ni sesuai dibaca mama-mama yg bakal menyambut kelahiran baru o baby yg still under 4 month.
Cari ilmu bahasa baby tak rugi. Baby akan lebih happy n mama papa pun tak perlu ambil masa yg panjang utk memahami baby.
Jimat masa tak perlu try n error utk hentikan tangisan baby. Mama papa tak penat n baby pun tak la lagi teran menangis sbb tak puas hati.
Ye la cube pembaca yg baik hati sekelian cuba bercakap dgn mat sepanyol, dah ulang banyak kali tak faham-faham, pembaca boleh sabar ke?
Sorang cakap bahasa ayam, sorang cakap bahasa itik.
Ambo dah lama amik batu hentuk kepala sendiri gerammm.
(kepala sendiri, jgn kepala org lain, tak baik -___-)

Dah lama ambo cari bahasa bayi akhirnya jumpa so ambo nak kongsi la dgn pembaca blogger yang disayangi sekelian. Tambah ilmu sikit-sikit lama-lama jadi bukit. ;-D


Menurut Pendidik Bahasa Bayi, Dunstan Baby Language Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd Habib, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, sebaliknya satu cara komunikasi bagi bayi menyampaikan keinginan mereka. Tangisan ini adalah bahasa sejagat di seluruh dunia.

Buktinya, Priscilla Dun­stan iaitu wanita pertama yang memperkenalkan program Dunstan Baby Language membuat kajian selama lapan tahun dari 1998 sehingga 2006 untuk mengetahui jenis dan maksud tangisan bayi. Dia menjalankan kajian ke atas lebih 500 bayi di Amerika Syarikat dan Australia. Hasil penelitian ini menunjukkan semua bayi mempunyai bahasa yang sama walau di mana mereka berada. Malah ia terjadi disebabkan tindakan luar kawalan dan bukan dipelajari sendiri oleh bayi.

“Terutama bagi wanita yang baru bergelar ibu, mereka masih belum memahami punca bayi menangis. Ini menyebabkan mereka memberi susu sedangkan bayi menangis berpunca daripada pelbagai perkara,” katanya.

Uswatun menjelaskan, mengenali tangisan bayi dapat mengurangkan tekanan kepada ibu berkerjaya kerana masa yang digunakan untuk meredakan tangisan bayi akan menjadi lebih singkat. Malah teknik ini boleh diajar kepada pembantu rumah supaya mereka lebih memahami apa yang perlu dilakukan ketika bayi menangis.

Daripada kajian ke atas 1,000 bayi daripada 30 bangsa berbeza, sembilan daripada 10 ibu di dunia memberikan maklum balas positif terhadap teknik ini. Kira-kira 70 peratus ibu ini melaporkan mereka menjadi lebih positif dan berkeyakinan melayan kerenah anak manakala dua pertiga daripada responden mengakui hubungan suami isteri menjadi lebih positif dan tekanan emosi semakin berkurangan.

“Ini menunjukkan me­ngenali maksud tangisan bayi dapat merubah kehidupan wanita terutama ibu menjadi lebih positif dan bermakna. Malah bayi menjadi lebih ceria kerana kurang menangis dan membesar dalam keadaan sihat,” katanya.

Uswatun yang berkelayakan dalam bidang bahasa bayi memberitahu, dia kini menjalankan taklimat dan latihan mengenai topik Mentafsir Makna Tangisan Bayi Dengan Tepat kepada pihak hospital, pusat jagaan kanak-kanak dan ibu-ibu yang ingin mendalami maksud tangisan dengan betul.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/Fahamitangisanbayi/Article#sthash.tnDGtQLF.dpuf


Azim 3 Bulan

Kaedah mengenali tangisan bayi mengajar ibu bapa memahami tangisan sebaik saja bayi dilahirkan sehingga berusia empat bulan. Ia mengkategorikan bahasa bayi kepada lima bunyi iaitu Neh, Owh, Eh, Eairh dan Heh.

Neh adalah bahasa bayi Dunstan untuk menzahirkan rasa lapar dan bahasa ini akan keluar dari mulut bayi untuk memberitahu kepada ibu yang dia lapar.

“Untuk mengenali bunyi ini, bayi akan menggunakan bahasa bayi Neh dengan beberapa kombinasi suara dan gerakan lidah bayi di bahagian langit-langit mulut. Bersama bunyi, bayi akan menggerak-gerakkan kepala ke kiri dan kanan sambil menjilat bibir atau menghisap tangannya. Apabila mendengar bayi menangis seakan bunyi Neh, ibu boleh menyusukan bayi mereka,” katanya.

Sekiranya bayi menangis sambil membunyikan Owh, ia adalah bahasa untuk menunjukkan rasa mengantuk. Ini diikuti tindakan bayi menguap dan pergerakan mulut berbentuk bujur. Ada juga bayi yang menggaru mata, menarik cuping telinga dan menggeliat bagi menunjukkan rasa mengantuk.

“Selepas mengetahui bayi anda mengantuk, ibu boleh menidurkan anak dengan mudah tanpa perlu melakukan perkara lain terlebih dulu,” ujarnya.

Eh pula adalah bahasa bayi yang membawa maksud bayi minta disendawakan. Bunyi ini terjadi disebabkan berlaku kontraksi pada bahagian dada untuk mengeluarkan angin menerusi mulut. Jika dibiarkan, angin akan menekan ke bawah dan menimbulkan rasa sakit.

“Bagi melihat dengan jelas keadaan bayi, biasanya bayi akan menggeliat ketika dibaringkan. Dada bayi menegang dan selepas disusukan biasanya mereka akan menangis tanda tidak selesa,” ujarnya.

Bagi ibu muda, tangisan berpanjangan diikuti bunyi Eairh menandakan ketidakselesaan pada perut atau kembung. Ini dapat dilihat apabila semua bahagian tubuh menjadi tegang dan kaku. Ada juga bayi mengangkat kaki ke arah perut diikuti tangisan yang semakin mengeras.

Heh adalah bahasa bayi daripada Dunstan yang bererti bayi berada dalam keadaan panas, sejuk, ruam atau lampin basah. Suara Heh kedengaran sangat jelas dan bayi biasanya akan berhenti menyusu apabila berasa tidak selesa.

Menurut Uswatun, ibu bapa perlu memahami tangisan bayi selepas dilahirkan sehingga dia berusia empat bulan kerana tempoh ini kritikal bagi ibu bapa menumpukan perhatian kepada bayi mereka. Selepas berusia empat bulan, lama-kelamaan tindakan luar kawal ini akan hilang dengan sendiri dan bayi akan menghasilkan bunyi tangisan berbeza. 

No comments:

Post a Comment