Thursday, February 6, 2014

Membentuk Tingkah Laku Positif Anak

 Membentuk Tingkah Laku Positif Anak


Kisahnya,...
Azim punya pengasuh tinggal sebelah rumah je.
Pintu rumah pun sebelah menyebelah je.
Kakak ni baik n ambo sangat bangga ada pengasuh yg layan anak ambo macam anak sendiri.
Dia pun bahasakan diri dia mak kat anak ambo.
Dia ada 4 orang anak  n semuanya bijak-bijak. Pandai dia didik anak-anak dia.

Anak bungsu kakak ni 3 tahun. Budaknya aktif.
N suka menolong ambo angkat barang Azim ke rumah ambo.
Ambo pun anggap budak ni sebagai anak ambo sejak ambo pindah kesitu.

Sedari semalam ambo terfikir-fikir mengenai hal ni patut ke tak berkongsi.
Takut apa pula kata pembaca yg bijaksana kat ambo.
Pergelutan perasaan seorang mama hanya mama yg tahu.
Kenapa wujud perasaan mempertahankan anak sendiri begitu kuat?
Kenapa nak anak kita menang shj?
Patut ke perasaan sebegini wujud?
Apa kesannya pada anak kita nanti?

Kisahnya begini,.
Selalunya budak ni bila datang rumah dia suka explore rumah ambo.
Tak apa la ambo paham sebab budak kecik seperti ini sifat nak amik tahunya agak tinggi.
Semalam dia bermain dengan permainan Azim.
Ambo perasan Azim sudah ada sikap bersaing.
Apa yg disentuh oleh budak tu Azim pun nak main jugak. Mungkin sebab budak tu suka merampas mainan dari tangan Azim jadi Azim mcm terpengaruh dgn sikap tu.
Nak berebut jugak,... -_______-

 Jadi ke kisahnya, ambo automatic jadi protective anak ambo.
Ambo minta balik barang yg dirampas, bagi balik kat Azim n cuba alihkan perhatian budak tu kat perkara lain.
Ambo pun tawarkan buku dictionary Azim.
Budak tu belek-belek la buku tu sambil bertanya ini apa, itu apa kt gambar-gambar dalam buku tu,..
Ambo pun jawap la satu persatu.
Azim yg nampak budak tu baca buku dia terus dia mengesot askar-askar ke arah buku tersebut n landing baik punya atas buku tersebut.
Budak tu naik marah cuba mengalihkan buku tersebut dari Azim dgn kasar n belum sempat ambo nak alihkan Azim dari buku tu then...
Slruuuuuppppppp!!!! Buku tersebut koyak,..
Hati ambo menggerutu (-..-) tapi tetap cuba sedaya upaya bercakap elok.
Yela anak orang yg berbudi dgn kita, kita kena berbahasa. "Buku utk dibaca, jangan berebut, kan lagi seronok baca bersama tadi. Dah, kena denda, malam ni tak boleh baca buku, main barang lain ye" sambil ambo bawa selotip nak tampalkan yang koyak tadi.
Budak tu merajuk agaknya terus keluar dari rumah ambo.

Rasa bersalah ambo menebal kat budak tu tapi rasa puas sbb dapat mempertahankan Azim.
Tapi bila difikir lama-lama ambo pun sedang tunjuk sikap yg sama dgn budak tadi dengan mengambil barang rampasan dari tangan budak tu.

Muhasabah diri sekejap (-..-)
Adakah itu message n teladan yg bagus utk Azim?
Kenapa ambo bersikap begitu?
Normal ke mama bersikap terlalu melindungi anak sendiri?
Sampai ambo boleh tak perasan ambo sebenarnya sedang tunjukkan sikap yg buruk kat Azim.
Walaupun niat sebenarkan utk mempertahankan Azim...



Rupanya cara menegur anak adalah seperti ini (dari artikel http://tingkahlakupositifkanakkanak.blogspot.com/)

Kanak-kanak cenderung mengulangi perbuatan yg orang dewasa tidak suka mereka buat walaupun dilarang berkali-kali. Akhirnya orang dewasa akan mengamil tindakan 'short cut' untuk disiplinkan mereka.

Tindakan 'short cut' yg sering dipraktikkan adalah seperti mencubit, memukul,melempang atau menjerit.
mereka akan berhenti melakukan perkara 'terlarang' itu serta-merta. Namun akan kembali melakukan setelah beberapa ketika.

Tukar larangan yg berupa negatif kepada pernyataan positif. 'Visual'kan apa yg patut kanak-kanak buat.

Contoh:
Jangan lari - negatif
Jalan sayang, supaya tak jatuh - positif

Jangan bising - negatif
Cakap perlahan-lahan, supaya tak ganggu orang lain - positif

Jangan nangis, nanti ibu cubit.. - negatif + ancaman (tidak sesuai utk kanak-kanak 7tahun ke bawah)
Beritahu ibu apa yang Dilla mahukan - positif

Jangan sentuh - negatif
Tangan ke sisi sayang - positif

Akhirnya ambo buat la research (mcm nk amik PHD begitu (*u*)) tapi cari kat blog orang lain je,..
(-_______-)
n tang ni yg nak kongsi sebenarnya sbb ambo mmg nak sangat amik tau pasal hal ni.
So kalau perkara yg kurang menyenangkan dari anak ambo, ambo tak lah menyalahkan terus kat anak ambo sebab tau buruknya datang dari ambo, yg baik datang dari Allah S.W.T
(Checeh,.. -____-)

Dari mana datangnya personality anak kita yg dapat kita lihat dari perwatakan anak kita hari ini?
Didikan hendaklah bermula dari anak kecil, sikit-sikit, lama-lama baru kita dapat lihat hasilnya apabila besar.
Semoga kita boleh membentuk dan membimbing anak yg berjaya di dunia n akhirat,.. Amin,..
  • Baka keturunan; mana tumpahnya lauk kalau tak ke nasi. Bentuk tubuh badan n rupa mempengaruhi perwatakan anak-anak. William Sheldon dalam (Mahmood Wazar, 2005) mengklasifikasikan tiga bentuk tubuh atau somatotip dengan tiga set personaliti, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomoft. Teori ini menunjukkan hubungan antara resam tubuh dengan personaliti. Hal ini yang demikian, bentuk badan endomorf adalah bentuk badan yang gemuk dan bulat. Individu ini dikatakan sebagai seorang yang periang, suka bergaul, kuat makan, ekstrovet dan tenang. Manakala mesomorf pula merupakan individu yang mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras, dan kuat. Individu ini mempunyai personaliti yang tegas, bertenaga, agresif dan berani. Seterusnya, ektomorf pula ialah individu yang kurus, tinggi dan lembut. Individu ini dikaitkan dengan personaliti yang pendiam, tidak suka bergaul, beremosi, pemalu tetapi cerdik. Selain bentuk tubuh, penyakit yg diwarisi, emosi yg diwarisi sejak dari dalam perut mama n emosi yg dipamerkan dari kedua ibubapa, n kecergasan tubuh badan ibu bapa juga diwarisi kepada anak membentuk personality mereka apabila membesar.
  •  
  • Didikan ibu bapa; Perbuatan dan amalan mama papa akan diperhatikan oleh anak-anak setiap hari dan menjadi ikutan sejak kecil. Didikan bukan setakat mengajar ABC, 123 n Alif Ba Ta, tapi juga mendidik ilmiah n kendiri anak. Penekanan untuk anak menilai baik dan buruk lebih mudah dengan pendedahan agama sejak dari kecil. Keluarga yg aman akan membentuk anak yg lebih berkeyakinan dan positif, namun sekiranya keluarga porak peranda maka anak akan lebih agresif, panas baran dan mudah hilang keyakinan diri.
  •  
  • Pengaruh rakan sebaya; merupakan salah satu faktor yang terpenting didalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang kedua terpenting selepas keluarga bagi remaja. Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Samaada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah ynag positif ataupun yang negatif.
  •  
  • Pengalaman Awal; Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan personliti sesorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil, membuat kotor dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa bimbang dan bersalah. Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu membaca abjad atau menulis angka-angka yang senang ketika berada di Tahun satu. situasi ini akan memberi impak kepada  harga diri serta konsep kendiri positif seseorang kanak-kanak.
  •  
  • Pendidikan di sekolah; Sebahagian masa yang ada dihabiskan disekolah bagi pelajar-pelajar. Oleh sebab itu pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Jika sebaliknya, jika pengetuanya kurang tegas dalam segala hal maka pelajar akan menjadi lebih pasif,menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Selain itu guru berperanan didalam membentuk perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif yang ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.
  •  
  • Sosiabudaya; Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak juga. Didalam kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni sepertihormat-menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang.
  • Pemakanan; Imam Ghazali berkata, “Jika kita ingin anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan fikiran mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka kepada kita jika diberikan makanan yang kotor.” Makanan yg diberi kepada anak hendaklah makanan yg halal dan datang dari hasil yg halal. Sekiranya diberi makanan yg tidak halal, jiwa akan gelap dan anak akan mudah terpengaruh dengan perkara negatif dan sikap yg buruk. Makanan yang seimbang yang disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan mengangu didalam perkembangan personaliti seseorang itu.
  • Simbol Status; jika nilai-nilai dan norma-norma masyrakat adalah sihat, individu-individu yang membesar dalam situasi itu, akan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia untuk berkorban kerana hendak menolong orang lain.
  •  
  • Media massa;Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah merupakan medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan seharian. Maka tidak hairan jika media massa juga memainkan peranan yang penting didalam membentuk perkembangan personaliti seseorang. Oleh sebab itu, pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika kanak-kank lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah seperti taman sesame dan sebagainya, akan dapat membantu perkembangan intelek seseorang pelajar.

No comments:

Post a Comment